Thursday, April 17, 2014

CUCUR / BAKWAN JAGUNG



CUCUR / BAKWAN JAGUNG


BAKWAN JAGUNG
Resepi dari fb: Ana Hazwani
dari dapur : cutemamadelicacies
Bahan-bahan:
• 3 ½ cawan tepong gandum*
• 1 sudu besar (penuh) baking powder* (diayak bersama tepong gandum)
• 2 cawan Jagung
• 1 cawan isi udang
• 3 cawan air sejuk
• 1sdb maggie cukup rasa(pati bilis pn bole)
• 1 ¼ sudu kecil garam (atau secukup rasa)
• ½ cekak daun kuchai ~ dibersihkan & hiris
• 1 ½ biji bawang besar ~ dipotong dadu
• 1bji cili merah didadu
• ½ sudu kecil kunyit serbuk
• 1 biji telur
• Minyak untuk menggoreng

Cara Memasak:
✔Campurkan kesemua bahan2 dalam satu bekas yang besar kecuali air & telur.
✔Gaulkan kesemua bahan2 tadi biar rata. Masukkan telur & air sikit demi sikit sambil dikacau rata. Habiskan kesemua air & kacau rata.
✔Panaskan minyak yang banyak secukupnya dengan api yang sederhana.
✔Ambil sesenduk kecil bancuhan cucur (sebaiknya gunakan senduk nasi yg lebar tu) lalu cucurkan ke dalam minyak yang telah panas dengan cara membentuk cucur menjadi bentuk yang agak lebar. Ulangi proses sehingga cucur memenuhi kuali.(anna wat ngn sudu bg kecik2)
✔Bila cucur timbul.. cerai-ceraikan cucur supaya tidak melekat antara satu sama lain. Terbalikkan cucur & goreng sehingga garing ke dua2 belah.
✔Bila dah garing, angkat & toskan.
✔Hidang cucur udang dengan sos cili kegemaran semasa panas2 atau suam2 untuk nikmati kerangupannya.

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget