Sunday, March 16, 2014

SINGGANG SERANI.


Singgang Serani


coba dari dapur Cutemamadelicacies
resepi dari DTS

1 ekor ikan tongkol saiz sederhana dikerat 4-5 bahagian.. cuci dan toskan,,kita gunakan ikan selar
2 bijitomato..setiap 1 dibelah 4
2 btg serai dititik
2 keping asam glugor
1 kuib pati ikan bilis
garam secukup rasa
air secukup utk kuah 
hirisan daun sup utk hiasan

bahan yg ditumbuk lumat:
5 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
3 keping hirisan lengkuas
1sudu kecil lasa hitam biji
10 biji lada padi kampung merah dan hijau.. bolih dikurangkan

Caranya:
Panaskan 3 sudu besar minyak dlm periok.
Tumis serai dan bahan tumbuk hingga harum. gunakan api kecil dan kacau selalu.
Tuang air secukup utk kuah.. dlm 3 cawan. Kacau rata dan biarkan mendidih
Masukkan kuib ikan bilis dan asam glugor. 
Kacau dan masukkan ikan. Biar mendidih hingga ikan masak. Tambah garanm secukup rasa dan masukkan tomato.
Masak sekejap.. rasa.. matikan api. 
Taburkan hirisan daun sup sebelum dihidangkan


No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget