Wednesday, August 28, 2013

RAHSIA AVOKADO

RAHSIA AVOKADO
Ada golongan insan yang sama sekali mengelak daripada memakan avokado kerana mereka percaya bahawa buah bentuk bujur ini mengandungi kadar lemak dan kalori yang tinggi. Namun, avokado adalah antara makanan yg paling padat dengan zat dan khasiat, terutama untuk jantung anda.

PENYERAPAN KAROTENOID
Karotenoid bertindak sebagai antioksiden dan bolih mencegah penyakit mata. Ia nya larut dalam lemak sahaja. Avokado bukan sahaja kaya dengan karetenoid, malah adalah penyerap karetenoid yang berkesan kerana kandungan lemaknya yang tinggi. Sebab itu lah pakar pemakanan menasihatkan anda mencampurkan sepotong avokado dalam mangkok salad anda.

BANTU KURANGKAN BERAT BADAN???
Buah ini mengandungi acid OLEIK yang menghantar isyarat bahawa anda  sedang berasa kenyang kepada otak anda. Ia juga mengandungi sekitar 7 gram fiber larut dan nyah larut. Fiber larut memperlambatkan pemecahan karbohidrat dalam tubuh, melengahkan perasaan lapar.

MEMELIHARA BAYI DALAM KANDUNGAN
Secawan avokado sehari merangkumi hampir sesuku daripada vitamin folat yang diperlukan tubuh kita. Folat adalah vitamin yang mengurangkan risiko bayi cacat dalam kandungan. Ia juga dipercayai dapat mengurangkan risiko serangan penyakit jantung.

MEMELIHARA JANTUNG
Asid oleik juga bolih mengurangkan kadar kolesterol tinggi adalah salah satu daripada faktor risiko utama penyakit jantung.

RASA LAZAT
Mencampurkan avocado kemakanan anda seperti salad, sup atau hiasan nasi goreng adalah cara yang mudah dan sihat untuk meningkatkan rasa dan tektur makanan anda.

sumber; Berita Minggu 31/03/2013