Saturday, February 16, 2013

KUMA-KUMA REMPAH TERMAHAL DAN BERKHASIAT

cutemamadelicacies
DI KALANGAN masyarakat Melayu, ia dikenali sebagai kuma-kuma. Di kalangan orang Arab pula, ia dikenali sebagai za'faran.
Bagaimanapun, umum menyebutnya saffron.
Walau apa pun namanya, kuma-kuma sering digunakan dalam masakan orang di Timur Tengah dan Asia Barat. 
Di Singapura, kuma-kuma sering digunakan dalam masakan beriani.
Sebenarnya, kuma-kuma berasal daripada bunga crocus sativa. Bunga ini mempunyai tiga kepala putik atau stigma dan bahagian tangkai bunga yang menghubungkan stigma dengan bahagian bunga paling dalam inilah yang sering dikeringkan dan digunakan sebagai bahan pewarna dalam makanan. 
Bahagian inilah disebut saffron.
Tanaman kuma-kuma berasal dari barat daya Asia. Ia tergolong dalam jenis rempah-ratus masakan yang paling tinggi harganya.
Oleh kerana pahit, kuma-kuma tidak boleh digunakan terlalu banyak.
Warna kuning dalam kuma-kuma adalah disebabkan kandungan bahan bernama crocin iaitu bahan pewarna.
Pokok kuma-kuma merupakan tumbuhan tahunan yang berbunga semasa musim gugur.
Bunga kuma-kuma yang berwarna ungu tidak menghasilkan biji kerana 'mandul' dan reproduksi tanaman bergantung kepada bantuan manusia.
Pembiakan dilakukan melalui umbisinya.
Kuma-kuma berbunga dalam Oktober.
Ia dikatakan mempunyai nilai perubatan yang baik. Ia juga dikatakan boleh membantu mengatasi masalah tekanan jika diminum.
Pahlawan Iskandar Zulkarnain dikatakan pernah mencampurkan kuma-kuma ke dalam makanan, minuman hingga kepada air mandiannya dan ubat luka semasa berperang.
Antara negara pengeluar kuma-kuma yang terbaik ialah Iran, Sepanyol, India, Azerbaijan, Maghribi dan juga Italy. -- Internet.

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget