Sunday, February 26, 2012

APAM ANIKA RASA

 Azizah's Kitchen

Apam Anika Rasa
Bahan A:
2 biji telor ayam
250 gm gula
1 sudu teh ovelette
1 sudu teh baking powder 
Bahan B:
320 gm tepong gandum
2 sudu makan susu manis
200 gm air paip sejuk
Bahan C:
1 sudu mkn chocolate emulco + sedikit warna chocolate
1 sudu makan perasa strawberry + sedikit warna merah ceri 

Warna plain kzah bubuh sedikit fruit essence (optional)


Bahan A di satukan dan dipukul dgn mesin kuih hingga sebati.
Masukkan B kedlm A yg pekat tadi. Perlahan bergilir-gilir masukkan tepung, susu dan air hingga habis.
Adunan dibahagi kpd 3. Bahagian 1 di bubuh chocolate emulco + warna cokelat. Bahagian 2 di bubuh perasa strawberry + warna merah ceri. Warna plain dibubur fruit essence. (optional)
Panaskan kukusan.. Masukkan paper cup dlm mangkuk apam yg kecil. Letakkan sedikit adunan dlm mangkuk, masukkan sedikit inti kelapa ditengahnya dan bubuh 3 warna diatasnya dlm 1 mangkuk dan kukus hingga masak (15 minit )
Bolih juga dimakan bersama kelapa parut putih yg di kukus dan dibubuh sedikit garam jika tidak bubuh inti dlm apam.

Bahan Inti:
240 gm kelapa parut putih
120 gm gula melaka
30 gm gula pasir
60 ml air
1smkn tepong jagung
2 helai daun pandan
Semua bahan inti kecuali kelapa dimasak hingg mendidih dgn api yg kecil. Bila mendidih baru masukkan kelapa. Kacau rata. Masak dgn api yg sederhana hingga kering.

Friday, February 24, 2012

KEK KUKUS MARBLE









Aziza’s Kitchen


Kek Kukus Marble
azizah@cutemamadeicacies

Bahan-Bahan


8 biji telor di asingkan putih dan kuning
285 gm mentega lembut
225 gm gula castor
225 gm tepong gandum di ayak
2 sudu makan susu pekat
3-4 sudu makan milk powder
2 sudu makan jem apple / apricot / lemon paste/ strawberry
2 sudu makan serbuk koko / 1 sudu makan chocolate emulco
½ sudu kecil baking powder
2 sudu teh vanilla
Sedikit pewarna cokelat


  • Grease dasar loyang 8x8x3 dan di alas kertas

  • Panaskan kukusan

  • Mentega, susu pekat, serbuk susu dan jem di kacau hingga sebati

  • Putih telor di pukul dgn baking powder hingga kembang

  • Masukkan gula sedikit demi sedikit hingga habis

  • Masukkan kuning telor sebiji2 hingga habis dan di pukul hingga kembang

  • Satukan adunan telor dan mentega tadi dan di masukkan tepong sedikit2 hingga habis dan rata..di gunakan senduk kayu

  • Adunan di bagi 2.. 1 kuning/putih dan 1 lagi koko+warna coklat

  • Masukkan di acuan berselang2 spt marble biasa hingga habis

  • Kukusan di tutup dgn alluminium foil


CENCARU SUMBAT CILI / HARD TAIL SCAD STUFFED WITH CHILLI

CENCARU SUMBAT CILI (azizah@cutemamadelicacies)
resepi: Chef Wan
3 ekor cencaru dibersihkan dan dilomor dgn serbok kunyit 
10 tangkai lada merah dibuang biji dan dikisar 
8 biji bawang merah dikisar 
1 sudu tecil belacan 
garam dan gula 
1 sudu kecil asam dicampur dgn sedikit air dan diramas, ambil airnya 
minyak utk menggoreng 

Ikan yang sudah dibelah tepi utk disumbat rempahnya. 
Bancur lada, bawang merah, belacan, gula, garam dan air asam, paste biar pekat. 
Sumbatkan rempah dlm ikan. 
Panaskan minyak, goreng ikan hingga masak.

Hard-Tail Scad stuffed with chilli 
3 hard-tail scad, cleaned and rubber with tumeric powder 
10 red chillies, seeded and finely minced 
8 shallots, peeled and finely minced
1 tsp dried prawn paste (belacan) 
salt and sugar to taste 
1 tbsp tamarind juice, made from 1 tsp tamarind pulp mixed with 1 tbsp water or to taste and strained 
cooking oil for deep frying 


Make a deep slit along one side of fish. set aside. 
Mix chillies, shallots, prawn paste, salt, sugar and tamarind juice together to form a thick paste. 
Stuff the paste into fish. 
Heat the oil in a wok and deep fry until cooked. Serve immediately

Tuesday, February 21, 2012

MI BAKSO

 Resepi Mi yang mudah dimasak dan sedap dimakan. bebola  daging  kzah beli yang instant..tu yang dikatakan mudah dimasak. 

MI BAKSO (Aziza's Kitchen@cutemamadelicacies) 
resepi : buku masak Mintak Ampun Sedapnya
oleh: Hjh Saodah Mohd Salleh

bahan:
500 gm mihun atau mi kuning yang kerinting 
1 kg bebola daging (beef ball) dicelor sebentar 
4 biji bawag putih dicincang halus 
4 biji bawang merah dicincang halus 
sedikit hirisan daun sop dan daun bawang utk tabur 
1/2 cawan bawang goreng
500 gm sawi dicuci dan dipotong sejari panjang 
1kuib pati ikan bilis 
1 kuib pati daging 
1 sudu teh lada putih 
3 mangkuk air 
1/4 sudu teh gula pasir 
garam secukup rasa 


bahan sambal kicap:dikisar halus 
segengam lada padi 
2 biji bawang putih 
1/2 cawan kicap manis 
garam dan gula secukup rasa 
sedikit air masak putih 

Cara: Mi direbus dgn air dan sedikit minyak sehingga lembut. Kemudian tos dan digaul dgn sedikit lagi minyak    supaya tidak melekat. Sawi dicelor dan ditoskan. Ketepikan kedua-dua bahan ini. 


Didlm periok yg lain, tumis bawang putih dan bawang merah sehingga wangi. Tuang 3 mangkuk air, kuib ikan, kuib daging, garam, gula. Jika airnya kurang. tambah. Masak sehingga mendidih. Setelah itu, masukkan pula bebola daging. Biarkan mendidih lagi. Baru matikan api. 


Cara Menghidang: Masukkan Mi kedlm mangkuk. Hias sawi diatasnya. Tuang secukup sup serta bebola daging. Taburkan dgn hirisan daun sup/bawang serta bawang goreng. Enak sekali dilawankan dgn sambal kicap.

MEE SIAM GORENG


Mee Siam Goreng 

Bahan-Bahan :
1 bungkus mee hoon direndam hingga kembang digunting lalu ditoskan
½ kg  taugeh dibersihkan
300 gm udang basah dibersihkan jgn buang kulit digoreng sebentar
3 sudu makan gula pasir
1 sudu kecil garam
½ sudu kecil perasa
2 keping asam glugo yg besar atau 30 gm asam jawa + 200 gm air
150 ml minyak buat tumis
60 gm tauco dibuat tumis

Bahan kisar:
50 gm udang kering di rendam dulu dicuci 2-3 kali supaya tidak berbau
2 biji bawang besar
½ cawan lada kisar
6 biji bawang putih

  • Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik baunya dan garing
  • Masukkan tauco kacau rata-rata..tumis terus
  • Masukkan gula, garam, perasa dan air dimasak hingga mendidih
  • Masukkan asam glugo lalu di masak lagi mendidih
  • Keluarkan asam tadi baru masukkan udang dan mee digaul lagi
  • Biar mee masak baru masukkan taugeh digaul rata  dan di angkat


Bahan hiasan:
Daun kucai dipotong kecil
3 keping tahu dipotong kecil dan digoreng
7 biji limau kasturi dibelah 2
5 batang lada merah dihiris serong
7 biji telor direbus dipotong bulat




Monday, February 20, 2012

AYAM KAPITAN

Ayam kapitan ini amat popular di kalangan orang Peranakan. Ia amat senang dimasak dan sungguh sedap. 
azizah@cutemamadelicacies
Kapitan Ayam
4 sudu besar minyak sayuran
1 ekor ayam 1.5 kg dipotong 12 keping
500 ml santan diambil daripada 1 biji kelapa parut dan 500 ml air
125 ml jus asam jawa yang diambil daripada 1 sudu besar asam jawa, dicampur dengan 125ml air dan tapis ambil jusnya
Garam secukup rasa

Rempah kisar:
20 cili kering
6 buah keras
15 bawang merah
4 bawang putih
1 cm kunyit basah
1 cm lengkuas
1 cm halia
3 batang serai, dihiris halus
3 helai daun limau purut, dimayang

 
* panaskan minyak dalam kuali, tumis rempah kisar dgn api sederhana sehingga wangi. Masukkan ayam, kacau rata dan masak,tutup periok dan masak, selama 15 minit.
* masukkan santan dan biarkan merenih, baru masukkan jus asam jawa.
* perasa dengan garam dan masak sehingga kuah pekat dan ayam lembut. Hidangkan panas bersama nasi.

 **********************************************************************************
In English: azizah@cutemamadelicacies
Chicken kapitan is very popular ciusine among the Peranakan community,  this dish is cook using mostly typical Malay spices and its easy to cook.
Kapitan Chicken
4 tbsp vegetable oil
1 chicken abt 1.5 kg cut inti 12 pieces
500 ml coconut milk extract from 1 grated coconut and 500 ml water
125 ml tamarind juice made from 1 tbsp tamarind pulp mixed with 125ml water and strained
Salt to taste

Spices paste:
20 dried chillies, seeded, soaked in water and drained
6 candlenuts
15 shallots, peeled
4 garlic, peeled
1 cm knob tumeric, peeled
1 cm knob galangal, peeled
1 cm knob ginger, peeled
3 stalks lemon grass, finely sliced
3 kaffir leaves, shredded
*combine all the spice paste in the food processor and blend until smooth.
*heat oil in the wok, saute the spice paste over medium heat until fragrant. Add the chicken, stir well and cook, covered, for 15 minutes.
*stir in yhe coconut milk and bring to a simmer, than add tamarind juice.
*season with salt and cook until the gravy is slightly thick and chicken is tender. Serve warm with rice.

Wednesday, February 15, 2012

SUP AYAM

Resepi yang mudah, resepi dari Chef Wan
  Sup Ayam
6 sudu besar minyak sayuran

Bahan A:
2.5 cm kayu manis
6 buah pelaga
3 bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
1 ekor ayam (1.5 kg)

Bahan B:
1.5 liter air
1 lobak merah besar, dikupas dan potong 5 cm panjang
2 ubi kentang, dikupas dan dibelah empat

Garam secukup rasa
Lada putih

untuk hiasan
Daun bawang
Daun ketumbar
125 gm bawang merah goreng

bahan kisar:
10 ulas bawang merah
2 cm halia
2 biji bawang putih
1 sudu besar lada hitam biji
2 sudu besar ketumbar biji
1 sudu besar jintan putih biji
1 sudu besar adas

*panaskan minyak dalam kuali dan tumis rempah kisar biarkan selama beberapa minit sehingga wangi.
* masukkan bahan A. Tumis lagi selama 5 minit.
* masukkan bahan B dan biarkan mendidih selama 1 jam dgn api perlahan.
* perasakan dengan garam dan lada putih. Tabur dengan bahan hiasan dan hidangkan segera.

CHICKEN SOUP
6 tbsp vegetable oil

Ingredient A:
2.5 cm cinnamon stick
6 pods cardamon
3 cloves
2 star anise
1 whole chicken (1.5 kg)

Ingredient B:
1.5 litre water
1 large carrot, peel and cut into 5 cm lengths
2 potatoes, peeled ang quartered

Salt to taste
Ground pepper to taste

For garnish
Spring onion ( scallion)
Coriander leaves (cilantro)
125 gm crisp fried shallots

Spice paste
10 shallots
2 cm ginger
2 clover garlic
1 tbsp black pepper corn
2 tbsp coriander seeds
1 tbsp cumin seeds
1 tbsp fennel seeds

*combine ingredients for spice paste in a food processor and blend until smooth.
*heat oil in a wok and fry the spice paste for a few minutes till fragrant.
*add ingredient A. Stir fry the mixture for 5 minutes.
*add ingredient B and simmer for 1 hour.
*season with salt and pepper. Springkle over with garnish ingredient and serve immediately.

Sunday, February 12, 2012

BLACK PEPPER CRAB


BLACK PEPPER CRAB
1.5 kg Ketam yg besar di bersihkan

Bahan A:
2 sudu makan mentega/ marjerin
1 sudu teh minyak bijan pedas (spicy sesame oil)

Bahan B:
1-2 biji bawang besar-potong dadu
6-7 biji bawang putih dititik
Bahan C:
2 sudu mkn lada hitam ditumbuk.kasar
6 biji lada padi dipotong bulat

Bahan D:
3 sudu makan sos tiram
3 sudu makan sos tomato
3 sudu makan kicap pekat
2-3 sudu makan kicap cair
1 sudu maksn sos ikan
2 cawan air
Gula secukup rasa

Bahan E:
3 biji Tomato dipotong dadu

Bahan F: dibancuh
2 sudu makan tepong jagung
Setengah cawan air

Panaskan didalam kuali bahan A.
Tumis bahan B hingga naik bau.
Masukkan bahan C, gaul rata.
Tuangkan bahan D, kacau rata tabur sedikit gula.
Masukkan ketam, gaul dan balik-balikkan supaya rempahnya rata dan meresap. Kemudian tutup kuali.
Biarkan sehingga ketam masak danberubah warna. Apabila kuahnya hanpir pekat, Masukkan bahan E dan F. Kacau rata hingga kuahnya pekat. Matikan api dan angkat.
Enak dimakan dengan nasi atau roti Perancis atau diratah begitu saja.

Mas/ol/12

Wednesday, February 8, 2012

KENAL PASTI RAMUAN PADA LABEL MAKANAN

Kenal Pasti Ramuan Pada Label Makanan
SUDAHKAH anda teliti apakah yang terkandung dalam label makanan pada bungkusan makanan yang anda beli?
Dalam rencana dari ruang berita harian ini menjelaskan mengenai tujuh jenis bahagian yang lazimnya terdapat dalam label makanan bagi setiap produk seperti: 
1)tarikh
2)nama produk
3)berat bersih
4)senarai ramuan
5)maklumat pemakanan
6)cara penggunaannya
7)maklumat pembuatnya.


  • Senarai Ramuan: Senarai ramuan kelihatan seakan-akan seperti resipi. Ia memberitahu anda tentang bahan-bahan yang ada di dalam makanan dalam bungkusan tersebut. Ramuan itu biasanya ditulis dalam bentuk menurun berdasarkan beratnya. Ramuan yang ditulis paling atas dalam senarai adalah yang paling banyak digunakan, diikuti dengan yang kedua dan ketiga banyak dan seterusnya. Mari kita perhatikan senarai ramuan dalam sebuku roti, sebagai contohnya.






  • Ramuan Tepung protein tinggi, granul gula tebu, lemak sayuran, ragi roti, garam, tepung soya, pemantap doh, vitamin C, kalsium, zat besi, kalsium propionat. Namun sesetengah ramuan diberikan nama berbeza antara satu senarai dengan yang lain. Lemak dan minyak umpamanya, akan disenaraikan sebagai vegetable oil, dripping, shortening atau hydrogenated vegetable oil. Semua jenis lemak tersebut mempunyai nilai tenaga (energy) yang sama tetapi berbeza dari segi darjah ketepuannya. Lemak dan minyak daripada sumber haiwan, adalah yang paling tepu. Ia tidak sesihat lemak dan minyak daripada sumber yang tidak tepu seperti safflower, bunga matahari atau kacang soya.



  • Gula Dalam senarai ramuan, bahan ini boleh ditulis sebagai gula tebu, gula perang atau gula asli (raw sugar), gula aising, sukrosa, glukosa, dektrosa, maltosa, fruktosa, mollase, sirap jagung atau madu yang kesemuanya mempunyai nilai tenaga serupa. Pemanis tiruan seperti aspartame, saccharin dan acesulfame juga boleh dimasukkan ke dalam senarai gula.



  • Garam Kadang-kadang garam ditulis sebagai 'sodium chloride' tetapi ia juga boleh ditulis sebagai rock salt, sea salt atau vegetable salt.



  •    Sumber: Lembaga Penggalak Kesihatan



  • Tuesday, February 7, 2012

    GERANG ASAM NYONYA

    Resipi dari dapur kzah, lauk generasi (lauk peranakan)


    GERANG ASAM NYONYA
    azizah@cutemamadelicacies

    Bahan dikisar halus:
    20 tangkai lada kering
    20 biji bawang merah
    4 biji bawang putih
    5 biji buah keras
    1.5 cm kunyit
    2.5 cm lengkuas
    3 batang serai
    3 cm belacan
    1 kuib ikan bilis

    1 ekor ikan sederhana besarnya
    Minyak untuk tumis
    750 ml air asam yang diperah drpd 75 gm asam dan air 750 ml
    2 serai dititik
    3 helai daun limau purut
    Gula dan garam
    Sayur asin jeruk dipotong dan rendam.

    Panaskan minyak, tumis bahan-bahan kisar dan serai.
    Tuang air asam dan biarkan mendidih.
    Masukkan ikan dan sayur asin yang telah ditoskan dan diperah, dimasak dgn api sederhana.
    Masukkan daun limau purut, bende jika suka, garam dan sedikit gula.
     Gerang Asam Nyonya
    Azizah @ cutemamadelicacies

    Fine-grained ingredients:
    20 stalks dried chillies
    20 shallots
    4 cloves garlic
    5 pieces candlenuts
    1.5 cm turmeric
    2.5 cm galangal
    3 stalks lemon grass
    3 cm belacan (dried prawn paste)
    1 cubes anchovies

    1 medium-sized fish
    Oil to fry
    750 ml of tamarind juice extracted from 75 gm of tamarind pulp and750 ml of water
    2 lemongrass- bruised
    3 kaffir lime leaves
    Sugar and salt
    Salted vegetable pickles trimmed and soaked. (see photo above)

    Heat oil and saute the grind ingredients and lemon grass.

    Pour the tamarind water and bring to a boil.
    Add the salted  vegetables  that have been squeezed out the water, add in fish,cooked with medium heat.
    Add the kaffir lime leaves, salt and some sugar.


    Wednesday, February 1, 2012

    KENTANG MASAM MANIS


    Kentang Masam Manis
    azizah@cutemamadelicacies
    8 biji kentang dikupas kulit dipotong dadu dan digoreng
    2 batang lad hijau dihiris
    2 batang lada merah dihiris
    1 biji tomato dihiris
    1 kuib ikan bilis / ayam
    1-2 sudu makan lad kisar
    1 sudu teh serbuk kunyit
    1 sudu teh serbuk lada sula
    1 sudu teh apple cider
    Minyak utk goreng dan tumis
    1 biji bawang besar dihiris
    3 biji bawang putih dihiris
    3 tangkai daun kari
    Garam dan madu
    Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih juga daun kari. Tumis hingga wangi
    Masukkan lada kisar, tumis garing.
    Masukkan lada hijau dan merah.
    Tumis seketika, masukkan sedikit air, kuib ikan bilis/ayam, serbuk lada sula, serbuk kunyit  dan tomato. Tutup sebentar. Buka semula masukkan apple cider, garam, madu dan kentang.

    Fish