Friday, December 14, 2012

HATI LEMBU BEREMPAH

HATI LEMBU BEREMPAH
500 gm hati lembu
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 sudu kecil lada hitam biji

2.5 cm halia
4 kuntum bunga cengkih
2 cm kulit kayu manis
2 labu bawang besar
2 biji lada merah
Kicap pekat secukupnya
Sedikit kacang peas
Garam secukup rasa
Sedikit perasa jika suka

Hati lembu dipotong nipis, sesudah itu dicuci dan toskan airnya.
Bawang besar dipotong bulat2 dan cili merah dibelah 2 tapi jangan putus.
Bawang merah, bawang putih dan halia dimayang halus. Cengkih dan kayu manis ditumbuk sedikit tetapi jangan lumat.
Lada hitam ditumbuk hingga lumat, setelah itu digaulkan pada hati lembu bersama kulit kayu manis dan cengkih yang ditumbuk tadi..perapkan utk selama 10 minit.
Panaskan sedikit minyak dlm kuali kemudian tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dimayang tadi. Kacaukan hingga naik baunya kemudian masukkan hati dan kicap. Kacau dan tambahkan garam juga perasa.
Bila sudah hampir masak masukkan pula bawang besar yang potong bulat serta cili. Bila sudah masak bolihlah ditabur kacang peas semasa menghidangkan..

No comments:

Post a Comment

Fish