Thursday, July 26, 2012

TAHU TELOR MASAK TAUCO LADA HITAM


Masakan ini walau simple tapi menyelerakan dan senang disediakan.. kali pertama terpandang tahu telor ni didapur http://curlybabesatisfaction.blogspot.sg/2012/03/tofu-telur-masak-taucu-lada-hitam.html. Ayu dpt resepi dari dapur Ummi@home sweet home.. Izinkan kzah dipanjangkan resepinya disini. 
Tahu Telor Masak Tauco Lada Hitam:
3 paket tahu telor dihiris 1" lalu digoreng dlm minyak yg tenggelam hingga kekuningan, angkat, toskan dan ketepikan.

bahan A: 
3 biji bawang merah ( kzah gunakan 1 biji bawang besar sdg)
2 biji bawang putih
1 cm halia 
1 sudu makan lada kisar
bahan B:
2 sudu makan sos lada hitam 
1 sudu makan sos tiram
3 sudu makan tauco 
1 sudu makan gula
2 sudu besar air asam jawa
sedikit air

bahan C: 
1 biji tomato belah 6
1/2 biji bawang besar dihiris
1/2 biji lada benggala merah
1/2 biji lada benggala kuning
Panaskan minyak, tumis bahan A hingga naik minyak. 
Masukkan B. Bila kuah mendidih dan pekat sedikit, masukkan C. Kacau dan tutup sekejap. Rasa dan matikan api.

No comments:

Post a Comment

Fish