Thursday, March 1, 2012

AYAM PONGTEH

AYAM PONGTEH (my style)
tak pasti apa makna pongteh, apa yg kzah tahu ia sejenis ayam stew yg sering dimasak mak kzah, cuma cara kzah.. ayam dilomor dgn bwg besar dan bwg putih, cara mak dan my grandma, semua dihiris aje.. rasanya sedap kerana menggunakan taucho,cengkih, lawang dll.. Selamat mencoba...

bahan A: dihiris
30 biji bawang kecil
15 biji bawang putih

bahan B:
1 ekor ayam dipotong 8 dilomor dgn 1 biji bawang besar dan 4 biji bawang putih yg sudah dikisar.
10 cendawan cina..direndam dulu dgn air panas hingga lembut dan ditoskan,perah airnya keluar dan dipotong ikut suka
2 cm halia dihiris
3 sudu makan tauco ditumbuk
3 sudu makan kicap pekat
3 sudu makan kicap manis
2 sudu makan kicap cair
3 biji kentang dibelah 2

bahan C:
3 lada merah dibuang biji dan dibelah / potong 2
3 lada hijau dibuang biji dan dibelah /potong 2
2 sudu makan gula jika perlu
1 sudu teh lada putih serbuk
1 sudu makan daun ketumbar

Panaskan minyak dan tumis bahan A hingga wangi.
Masukkan bahan B dan juga air yang diperlukan anggaran 3 gelas. Kacau dan biarkan mendidih.
Masukkan bahan C dan biarkan renih selama 20-25 minit agar ayam masak dan lembut.
Hias dengan daun ketumbar. Jika suka pedas, bolihlah dimasukkan lada padi yg ditumbuk sedikit

2 comments:

  1. looks so yummy

    Just FYI, there’s an event for bloggers and the prizes are iPad2 and Cash. Find the info in my blog

    ReplyDelete

Fish