Tuesday, February 21, 2012

MEE SIAM GORENG


Mee Siam Goreng 

Bahan-Bahan :
1 bungkus mee hoon direndam hingga kembang digunting lalu ditoskan
½ kg  taugeh dibersihkan
300 gm udang basah dibersihkan jgn buang kulit digoreng sebentar
3 sudu makan gula pasir
1 sudu kecil garam
½ sudu kecil perasa
2 keping asam glugo yg besar atau 30 gm asam jawa + 200 gm air
150 ml minyak buat tumis
60 gm tauco dibuat tumis

Bahan kisar:
50 gm udang kering di rendam dulu dicuci 2-3 kali supaya tidak berbau
2 biji bawang besar
½ cawan lada kisar
6 biji bawang putih

  • Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik baunya dan garing
  • Masukkan tauco kacau rata-rata..tumis terus
  • Masukkan gula, garam, perasa dan air dimasak hingga mendidih
  • Masukkan asam glugo lalu di masak lagi mendidih
  • Keluarkan asam tadi baru masukkan udang dan mee digaul lagi
  • Biar mee masak baru masukkan taugeh digaul rata  dan di angkat


Bahan hiasan:
Daun kucai dipotong kecil
3 keping tahu dipotong kecil dan digoreng
7 biji limau kasturi dibelah 2
5 batang lada merah dihiris serong
7 biji telor direbus dipotong bulat




No comments:

Post a Comment

Fish