Sunday, February 12, 2012

BLACK PEPPER CRAB


BLACK PEPPER CRAB
1.5 kg Ketam yg besar di bersihkan

Bahan A:
2 sudu makan mentega/ marjerin
1 sudu teh minyak bijan pedas (spicy sesame oil)

Bahan B:
1-2 biji bawang besar-potong dadu
6-7 biji bawang putih dititik
Bahan C:
2 sudu mkn lada hitam ditumbuk.kasar
6 biji lada padi dipotong bulat

Bahan D:
3 sudu makan sos tiram
3 sudu makan sos tomato
3 sudu makan kicap pekat
2-3 sudu makan kicap cair
1 sudu maksn sos ikan
2 cawan air
Gula secukup rasa

Bahan E:
3 biji Tomato dipotong dadu

Bahan F: dibancuh
2 sudu makan tepong jagung
Setengah cawan air

Panaskan didalam kuali bahan A.
Tumis bahan B hingga naik bau.
Masukkan bahan C, gaul rata.
Tuangkan bahan D, kacau rata tabur sedikit gula.
Masukkan ketam, gaul dan balik-balikkan supaya rempahnya rata dan meresap. Kemudian tutup kuali.
Biarkan sehingga ketam masak danberubah warna. Apabila kuahnya hanpir pekat, Masukkan bahan E dan F. Kacau rata hingga kuahnya pekat. Matikan api dan angkat.
Enak dimakan dengan nasi atau roti Perancis atau diratah begitu saja.

Mas/ol/12

No comments:

Post a Comment

Fish