Friday, January 6, 2012

AYAM MASAK MAGHRIBI


AYAM MASAK MAGHRIBI (MAGHRIBI STYLE CHICKEN)
satu lagi resepi olih puan Mumtaz Begum 
dari rancangan radio Pesta Perut.. Resepi ni 
sangat-sangat di syorkan utk mencoba. SEDAP.

1 ekor ayam, potong 14
10 lada merah
1 btg serai,bahagian putihnya
1 hiris lengkuas
3 biji bawang besar,dihiris halus 
1 sudu teh pes halia 
1 sudu kecil pes bawang putih
2 biji tomato, didadu
2 sudu makan rempah kari daging
1 sudu makan rempah beriani
1 sudu makan serbuk lada putih
1 sudu teh serbuk jintan putih
5 biji buah pelaga
1 jari kayu manis 
5 s/makan tairu atau santan pekat
2 cawan air
2 sudu teh garam
½ cawan minyak untuk menumis
½ cawan daun pudina, dihiris


Cara Cara
Kepingan ayam dilumur dengan 
serbuk kunyit dan garam, lalu 
diperap sebentar.

Panaskan 1-2 sudu makan minyak didalam kuali, dan goreng lembab kepingan ayam untuk mematikan darahnya. Alihkan kemangkuk dan ketepikan.

Panaskan lagi lebihan minyak dan 

tumis kayu manis dan buah pelaga sehingga meletup-letup. Masukkan hirisan bawang dan goreng sehingga garing. Masukkan bahan-bahan kisar, tomato, beserta pes halia dan pes bawang putih.Masak selama 10 minit.

Setelah 10 minit, masukkan semua rempah serbuk, dan 1 cawan air. 
Gaul rata. Tutup kuali dan renihkan selama 10 minit. Setelah itu, buka 
tutup kuali, masak lagi selama 5 minit, kemudian barulah ditabur garam dan 
1 lagi cawan air. Gaul rata, tutup semula kuali, dan biarkan sehingga mendidih. Setelah mendidih, kecilkan api,dan masak lagi sehingga kuahnya pekat sedikit. Gaul setiap 10 minit. Masukkan santan atau tairu,dan gaul sampai rata. Masak lagi selama 10 minit, sambil dikacau setiap 
beberapa minit.
Barulah dimasukkan kepingan ayam, gaul lagi sampai rata, dan masak sehingga ayam empuk dan bergaul 

rata dengan kuahnya. Matikan api.
Akhir sekali tabur hirisan daun pudina.

Enak dimakan dengan sebarang jenis nasi atau roti

MOROCCO STYLE CHICKEN
Ingredients:
1 chicken, cut into 14
10 red pepper
1 stalk lemongrass, white part
1 slice ginger
3 large onion, finely sliced
1 tablespoon ginger paste and garlic paste
2 tomatoes, diced
2 tablespoons of meat curry powder
1 tablespoon spice briyani powder
1 tablespoon white pepper powder
1 teaspoon ground cumin
5 cardamom seeds
1 cinnamon stick finger
5 tablespoons yogurt or thick coconut milk
2 cups water
2 teaspoons salt
½ cup oil for sauteing
½ cup mint leaves, chopped

 
method:
Marinate chicken with turmeric powder and salt.

Heat 1-2 tablespoons oil in wok and fry the chicken pieces for a short while. and put aside.

Heat oil and saute the cinnamon and cardamom until popping. Add the sliced ​​onions and fry until crisp. Add the ground ingredients, tomato paste along with ginger and garlic paste. Cook for 10 minutes.

After 10 minutes, add all spices (powder), and 1 cup of water. Mix well. Close the pan and let it cook for 10 minutes. After that, open the pan cover, and cook for further 5 minutes, then sprinkled salt and 1 more cup of water. Mix well, cover the pan, and allow to boil. Once boiling, reduce heat, and cook until sauce thickens slightly. Mix every 10 minutes. Add coconut milk or yogurt, and mix until smooth. Cook for about 10 minutes, stirred every few minutes.
Then add in the chicken, mix again until smooth, and cook until soft and chicken with gravy well blend. Turn off heat.
Finally, sprinkle shredded mint leaves.

Delicious eaten with any type of rice or bread

No comments:

Post a Comment

Fish