Wednesday, September 28, 2011

SIPUT GORENG LADA



Siput Goreng Lada
1 kg siput sedut dibersihkan dan dipotong hujung
1 biji bawang besar dipotong baji atau ikut hiris
1 batang lobak merah
1 biji lada hijau besar (green pepper)
1 sudu besar apple cider/ cuka
Serbuk perasa dan garam
Bahan kisar:
15 tangkai lada kering
4 ulas bawang putih
4-5 biji tomato yang masak ranum
1 cube pati ikan bilis ( optional)
Siput dicelor dalam air panas yang mendidih.
Lobak di rebus hingga masak, lepas itu baru dihiris.
Lada hijau dibelah 4.
Panaskan minyak, tumis bahan-bahan kisar hingga wangi baunya.
Masukkan perasa, garam dan apple cider/cuka.
Akhir sekali masukkan siput dan kacau hingga siput sebati dengan kuahnya baru lah masukkan lobak merah, lada hijau dan bawang. Ratakan biar sebati baru tutup api.
Resepi dari dapur Azizah


Recepi in English
1 kg of snails cut end
1 large onion cut into wedge or slice
1 medium carrot
1 large green pepper, throw away seeds
1 tablespoon apple cider / vinegar
Seasoning powder and salt

Ground items:
15 stalks dried chillies
4 cloves garlic
4-5 ripe tomatoes
1 cube anchovy stock(optional)

Boil the snails in boiling hot water for few minutes
Carrots, boil to cook, then slice.
Green pepper cut 4.
Heat oil and fry ground ingredients until fragrant smell.
Season to taste, salt and apple cider / vinegar.
Finally add the snails and stir until well blended with the sauce , add carrots, green pepper and onion, stir well let off heat.. Serve


SAYURAN MASAM MANIS


Resepi in English and Malay
Sayuran masam manis
Utk 6 orang:

7 sudu besar minyak masak
500 gm udang sederhana besar dibuang kulitnya
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap cair
1/2-2 cawan sos tomato
Sedikit cuka atau apple cider
1 sudu besar tepong jagung dibancuh dengan
5 sudu besar air
4 ulas bawang putih ditumbuk
2 ulas bawang besar benggala- dipotong baji (8 setiap satu)
1 batang lobak merah dibelah 2 dan dihiris serong
2 batang lada merah dibelah 2
Bunga kobis, brokoli
2 biji lada capsicum hijau dibuang bijinya lalu dipotong baji 8
100-200 gm kacang sepet (pod peas)
1 tin cendawan butang
1 kiub ayam
Garam, lada putih dan gula.

Bahan dilomor pada udang:
Sedikit gula
1 sudu makan minyak bijan

Panaskan minyak masak dan minyak bijan dlm kuali besar lalu tumis bawang putih hingga wangi.
Masukkan udang lalu goreng selama 2 minit. Masukkan sos tiram, kicap cair, garam, lada dan pati ayam. Kacau lah rata lalu besarkan api lalu masukkan semua sayur dan cendawan..dikacau rata. Masaklah selama 10-15 minit. Masukkan tepong jagung kedlm kuali..didihkan sebentar. Amgkat dan hidang panas-panas.

@bolih juga gunakan lain2 sayur.

In English, translated by Azizah@cutemamadelicacies
Sweet and sour vegetables
For 6 persons:

7 tablespoons cooking oil
500 gm medium sized shrimp skin removed
2 tablespoons oyster sauce
2 tablespoons light soy sauce
1/2-2 cup tomato sauce
A little vinegar or apple cider
1 tablespoon corn flour mixed with
5 tablespoons water
4 cloves garlic, crushed
2 large onions, cut wedges(8 each)
1 medium carrot, sliced
2 red chilli cut 2
cauliflower,broccoli
2 green capsicum seeds removed and cut a wedge 8 seeds
100-200 gm pod peas
1 can of button mushrooms
1 cube chicken stock
Salt, pepper and sugar.
1 tablespoon sesame oil + little sugar mix with prawn put aside for awhile

Heat cooking oil and sesame oil Saute large, garlic until fragrant.
Add the prawns and fry for 2 minutes.Add in oyster sauce, light soy sauce, salt, pepper and chicken stock. Stir and increase the fire, add all vegetables and mushrooms, stir well. Cook for 10-15 minutes. Add dilute corn flour .. boil for a while. serve

@May also use any other vegetable

Wednesday, September 21, 2011

ASAM PEDAS MELAKA






Recepi in Malay and English
Translated by Azizah@cutemamadelicacies

ASAM PEDAS MELAKA

Bahan-bahan:
3 keping ikan tenggiri ( ikan lain pun boleh )
Air asam jawa secukupnya
1 biji tomato _ dipotong²
5 biji kacang bendi
1 batang serai _ diketuk
1/2 kuntum bunga kantan atau daun kesum secukupnya
Minyak masak
Garam secukup rasa
Gula jika suka

Bahan-bahan Kisar
3 ulas bawang merah
10 biji cili kering
1/2 inci halia
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1/4 sudu teh lada hitam
1/2 inci kunyit hidup
2 ulas bawang putih

Bahan-bahan Tumis
1/2 biji bawang besar _ di hiris
1/4 sudu teh biji sawi
1/4 sudu teh halba
2 tangkai daun kari



Cara²

Panaskan minyak dan tumis bhn² tumis sehingga wangi.
Kemudian masukkan bhn² kisar dan tumis sehingga pecah minyak.
Masukkan air asam jawa dan air secukup kegunaan.. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Setelah mendidih.. masukkan ikan, kacang bendi, serai dan bunga kantan.. Biarkan sehingga kesemua bhn tadi masak.
Akhir sekali bolehlah d masukkan tomato.
Tutupkan api dan hidang.

:: Resipi oleh ~ junjs11@ My Resipi ( TQ )




Asam Pedas MELAKA
Translated by Azizah@cutemamadelicacies
Ingredients:
3 pieces of mackerel (other fish can)
Tamarind juice
1 tomato- cut
5 pieces of lady finger
1 stalk lemon grass crushed _
1 / 2 torch ginger flower or kesum aka laksa leaves
cooking oil
Salt to taste
Sugar if desired

Blend ingredients
3 shallots
10 dried chillies
1 / 2 inch ginger
1 teaspoon aniseed
1 teaspoon cumin
1 / 4 teaspoon black pepper
1 / 2 inch turmeric
2 cloves garlic

Saute Ingredients
1 / 2 large onion sliced _ in
1 / 4 teaspoon mustard seeds
1 / 4 teaspoon fenugreek
2 stalks curry leaves



Method:

Heat oil and fry until fragrant stir-fry saute ingredient
Then add blend ingredient and stir-fry until nice smell.
Add the tamarind juice and enough water as desire for gravy .. Add salt and sugar to taste.
After boiling .. add in fish, lady , lemon grass and ginger flower .. cook for few more minute.
Finally, add tomatoes.
Off the fire and serve.

Tuesday, September 20, 2011

BISKUT KELAPA DELIMA

Terima CMG dari Tiffin Biru.. kerana ilhamkan biskut yang sedap ini
Bahan Utama:-
225 g tepung jagung (cornstarch)"Brown & Polson"*
150 g tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
125 g gula aising
75 g kelapa kering, kisar halus
25 g serbuk badam
1 biji telur gred A (berat kurang lebih 60g sebiji)
1/2 camca teh esev vanilla
155 g mentega

Untuk Hiasan:-
Ceri merah, dipotong kecil
Kelapa kering
1 kuning telur, untuk disapu

Cara membuatnya:-

1.     Serbuk badam dan kelapa yang dikisar halus tadi digaul bersama2 tepung yang telah diayak. Ketepikan.

2.    Dalam mixing bowl, masukkan telur, gula aising dan esen vanilla, pukul hingga berkrim. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Peringkat ini adunan akan menjadi seakan2 serbuk roti.

3.    Perlahankan speed, dan masukkan mentega sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi hingga adunan bertukar menjadi doh yang lembut dan boleh dicanai. Keluarkan doh dari mixer, bulat2kan dan tutup dengan tuala lembap.

4.    Bahagikan doh tadi kepala 3 bahagian. Ambil satu bahagian dan canai diantara dua helai plastik menggunakan torak (alat penggelek) setebal 1/2 cm, terap ikut acuan kegemaran dan alihkan ke dulang pembakar. Buat hingga siap.

5.    Sapu kuning telur, hias ceri potong dan tabur sedikit kelapa kering. Bakar pada suhu 150C selamat 10 - 12 minit. Angkat dan alihkan biskut atas jaringan. Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara....

Resepi dari: CMG





Main Ingredient: -
225 g corn flour (cornstarch) "Brown & Polson" *
150 g flour *
1 / 2 teaspoon baking powder * (* combined and sifted)
125 g icing sugar
75 g desiccated coconut, finely ground
25 g ground almonds
One A eggs (weighing about 60g)
1 / 2 teaspoon vanilla essence
155 g butter

To decorate: -
Red cherries, cut small
dried coconut
1 egg yolk, to apply

How to make: -

1. Almond powder and finely ground coconut mixed with sifted flour. Set aside.

2. In mixing bowl, add eggs, icing sugar and vanilla essence, beat until creamy. Add flour gradually until the end. This stage dough look like mix bread crumbs.

3. Reduce speed and gradually add the butter into the mixture until the mixture turns into a soft dough. Remove the dough from the mixer, cover with a towel.

4. Divide dough three parts. Take one piece and roll between two sheets of plastic using a rolling pin (roller) thick 1 / 2 cm, use your favorites and switch to a baking tray. Create up to completion.

5. Apply egg yolk, cherry pieces and sprinkle some dried coconut. Bake at 150C 10-12 minutes. Lift and remove the biscuits on the rack. Cool before storing in an airtight container ....

Recepi in English translate by Azizah@cutemamadelicacies

TIPS: IKAN

*Ikan Garing dan Tidak Melekat Masukkan sekeping asam gelugur ketika menggoreng ikan. Ikan tersebut tidak melekat dan cepat garing.

*Elak ikan goreng melekat pada kuali
Semasa memanaskan minyak dalam kuali, bubuhkan sedikit garam pada minyak tersebut sebelum masukkan ikan.

*Menggoreng Ikan
Untuk mengelakkan ikan melekat di kuali ketika menggoreng, sebelum masukkan ikan, panaskan minyak bersama 2 atau 3 keping asam gelugor atau asam keping. Setelah panas barulah dimasukkan ikan. Terpulang pada puan-puan sama ada ingin turut menggoreng ikan bersama asam keping tersebut kerana ianya tidak menjejaskan rasa ikan yang digoreng.

**utk gorengan apa pn agar tidak melekat masukkan seulas bwng putih dgn kulitnya skali sebelum menggoreng dan biarkan didalam minyak

*Ikan Goreng Tidak Hanyir 1. Sebelum menggoreng, taburkan serbuk kunyit pada minyak yang telah dipanaskan. Kemudian masukkan ikan, gaulkan dengan garam. Goreng ikan seperti biasa. Ikan tidak hanyir walaupun telah sejuk.
2. Campurkan sedikit serbuk kunyit, bawang putih serta garam. Lumurkan rata-rata pada ikan dan perapkan beberapa minit. Seterusnya goring ikan seperti biasa.


sumber: Koleksi Petua Memasak

BAKING POWDER vs BICARBONATE SODA


PERBEZAAN ANTARA BAKING SODA DAN BAKING POWDER

BAKING SODA
atau juga dikenali dengan Sodium Bikarbonat (NaHCO3). Bila baking soda bercampur dengan cecair yang mengandungi asid ia akan mengeluarkan gas karbon dioxida (CO2). Contoh jika baking soda dicampurkan dengan cuka ataupun jus lemon ia akan berbuih. Buih tersebut yang mengeluarkan gas karbon dioxida. Begitu juga yang berlaku jika anda menggunakan baking soda dalam resipi. Jika anda perhatikan, resipi yang menggunakan baking soda sebagai bahan penaik selalunya akan ada bahan asidik yang dapat bertindak balas untuk mengeluarkan gas karbon dioxida yang dapat menolong untuk menaikkan adunan kek tersebut.

Bahan asidik yang terdapat didalam resipi contoh seperti, cuka, jus lemon, tairu dll. Bahan asidik ini juga mungkin terlindung seperti dalam madu dan juga gula hangus.
Cream of tartar yang selalu kita gunakan untuk membuat Kek Kukus Buah adalah asid kering yang digunakan dalam resipi, ia tidak dapat bertindak balas dengan baking soda melainkan sehingga ada bahan cecair dimasukkan kedalam adunan.

Bila kita membakar menggunakan baking soda, setelah ia bertindak balas, ia akan mengeluarkan gas carbon dioxida dengan cepat. Dan jika adunan kek itu dibiarkan diluar atau jika adunan tepung dipukul terlalu banyak, bahan penaik akan hilang dan akan menghasilkan kek yang mampat. Baking Soda kalau terlebih juga akan memberi rasa yang agak masin dan jika bahan asid tidak cukup untuk bertindak balas dengan baking soda, kek tidak akan naik dengan sempurna dan juga kek akan mempunyai rasa pahit atau seperti ada kandungan sabun didalamnya kerana baking soda ini tidak dapat bertindak balas untuk mengeluarkan gas carbon dioxida.

BAKING POWDER pula adalah kombinasi baking soda dan beberapa bahan yang lain dan yang paling penting asid kering.

Bila baking powder dicampurkan dengan adunan yang mempunyai bahan cecair, asid kering dan baking soda akan bertindak balas dan mengeluarkan gas karbon dioxida. Ada beberapa jenis baking powder:-

Single-acting baking powder atau juga dikenali dengan BAKING POWDER ada beberapa jenis asid kering dalam kandungannya.






Tartarate baking powders mengandungi cream of tartar (potassium acid tartarate) dan juga tartaric acid. Ini akan mengeluarkan gas dengan cepat bila ia bertindak balas dengan baking soda bila cecair dimasukkan kedalam adunan, dan adunan tepung mestilah dibakar sebaik ia telah disediakan untuk menghasilkan kek yang sempurna.

Double Acting Baking Powder juga tersedia dipasaran. Tindak balas yang pertama akan mengeluarkan gas bila baking soda bercampur dengan cecair asidik. Tindak balas kedua mengeluarkan gas bila adunan dipanaskan dalam oven. Dari segi bahan penaik tindak balas berlaku dua kali, dan selalu double acting baking powder digunakan untuk membuat kuih pau.
PERBEZAAN ANTARA BREAD SOFTENER DAN BREAD IMPROVER

Fungsi Bread Softener adalah untuk melembutkan adunan roti dan roti yang dihasilkan adalah seperti dikedai roti.

Bread Improver/ Bread Improver Supertex pula adalah untuk memendekkan masa doh mengembang, jadi sewaktu proses adunan roti diperap dapat dipendekkan. Sekiranya kita tidak menggunakan Bread Improver, yis yang digunakan dalam adunan roti tersebut yang akan memberi reaksi untuk mengembangkan gluten di dalam adunan tersebut.

OVALETTE

Dikenali sebagai cake stabilizer [emulsifier] atau pemantap kek. Ia bertujuan untuk memberikan kelembutan dan kegebuan pada kek span terutamanya yg menggunakan cecair saperti susu, jus buah dah lain2. Ia memudahkan cecair berkenaan bercampur elok dengan telur, gula, butter dan sebagainya


Adaptasi: Resepidiana

Monday, September 19, 2011

ACAR RAMPAI

Acar Rampai
3 batang timon dipotong kasar memanjang
2 batang carrot dipoyong kasar memanjang
2 batang lada merah dipotong memanjang
2 batang lada hijau dipotong memanjang
4 biji bawang besar ysng sederhana dipotong baji ( wedge)
10 ulas bawsng putih dihiris nipis
Sedikit air
Minyak utk menumis
Apple cider (cuka apple) secukup rasa
1/2 cawan lada kisar
1 inci halia dihiris nipis
1 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu teh biji sawi
1 sudu teh gula
Garam secukup rasa

Panaskan minyak, goreng biji sawi sebentar.
Tumiskan hirisan bawang putih dan bawsng besar hingga wangi.
Masukkan puls pes cili. Tumis hingga pecah minyak.
Masukkan sedikit garam, lada merah, lada hijau, halia dan lobak merah.
Gaul rata bahan tersebut hingga lobak dan cili sedikit layu. Baru masukkan serbuk kunyit, timun, gula, sedikit air dan apple cider. Ratakan semu bahan- bahan. Matikan api dan siap untuk dihidangkan.
Sumber: www.trymasak.my

3  cucumber cut
2 carrots..cut
2 red chilli cut lengthwise
2 green chilli cut lengthwise
4 large onion cut wedge
10 garlic slice finely
little water
Oil for frying
Apple cider (apple vinegar) taste sufficiently
½ cup chilli pste
1 inch ginger slice finely
Turmeric powder 1 tea spoon
2  tea spoon mustard seed
1-2  tea spoon sugar
Sufficiently salt taste

Heat oil, fry mustard seeds for a while.
Saute  garlic until fragrant and large onion..
Add in chilli.pste. Saute until nice smell
Add a pinch of salt, red chilli, green chillir, ginger  and carrot.
Stir well ingredients then add turmeric powder, cucumber, sugar, little water and apple cider. Mix well, Turn off heat and ready to serve.




Sunday, September 18, 2011

TIPS: BIHUN YANG LEMBUT



Kalau baca arahan di packet bihun biasanya suruh rendam dan tos saja.. boleh di rendam dengan air sejuk atau air panas..tapi arahan tak lengkap..kalau rendam guna air sejuk lama nak lembut.


Adakalanya:{ Sometimes}
  1. Bihun keras  ( the noodle is too hard)
  2. Terlampau lembik.. berpintal pintal! (its too soft )
  3. Dah ok..tapi bihunnya putus-putus, bahan-bahan adakala masih berketul dan tak sebati
  4. Terlebih masin!


Hari ini saya nak berkongsi cara menyediakan bihun supaya ia tetap lembut.


  1. Rendam bihun dalam air panas yang sudah mendidih..Tunggu selama beberapa minit sahaja.. Ini bergantung kepada jenis/jenama bihun yang digunakan..Ada bihun yang rendam sekejap dah lembut.Ada yang rendam lama pun,masih tak lembut.
Jadi,Cara nak menguji ia dah cukup lembut ke tidak, angkat sedikit bihun yang sedang direndam itu menggunakan garfu dan cuba putuskan guna jari..cubit-cubit .kalau senang nak putus maknanya dah cukup lembut..kalau masih kenyal,sila tunggu sebentar lagi..
  1. Bila dah cukup lembut tadi,toskan..dan segera lalukan dibawah air paip..sejukkan keseluruhannya..ramai yang buat silap dengan membiarkan begitu sahaja (ini yang jadi lembik bila digoreng). Pastikan bihun sejuk seluruhnya,.angkat2 menggunakan tangan supaya proses menyejukkan tu cepat
  2. Kemudian,barulah ditoskan dan sedia untuk digoreng atau dimasak mengikut menu pilihan..


Bagaimana nak dapatkan Bihun Goreng yang panjang2 dan tak putus2..
  1. Bihun yang putus2 terjadi sebab masa menggoreng,,kita potong2 dengan sudip supaya bihun tu cepat sebati dengan bahan2..
  2. Jadi untuk mengelakkan itu terjadi,sila laa guna tangan dua kerat tu..sebelah kanan pegang sudip,sebelah pegang garfu..Kalau guna bergilir2 pun ok juga.Jadi masa mengacau, garfu membantu menyebatikan bahan2 dengan bihun tanpa mmutuskan bihun itu..dan perencah juga tidak berketul/berpintal..
  3. Oh ya,semasa menggoreng bihun..letak garam dan perasa kemudian iaitu selepas masukkan bihun,bukan sebelum,.untuk mengelakkan terlebih masin.

Cara2/ tips ini amat membantu saya..harap dapat membantu anda juga...kalau ada tips tambahan mari lah kongsi2..


Saturday, September 17, 2011

KURMA AYAM



Recepi in Malay and English
Translation by Azizah@cutemamadelicacies

Malay version
KURMA AYAM

1 ekor ayam dibuang kulit dan semua lemaknya, dipotong, dicuci dan toskan.
4 sudu makan rempah kurma
1 sudu makan pes halia
1 sudu makan pes bawang putih
2 biji bawang besar dikisar halus
4 batang lada hijau dikisar halus
1 batang serai dititik
2 biji bawang besar dihiris
4 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
1 jari kayu manis
4 biji kentang, dikupas kulit dan dibelah 2
4 biji tomato dibelah 2
1 biji kobis yg kecil, dibelah 4
4 cawan santan dari 1 biji kelapa parut
1 cawan bawang goreng utk tabur
Segenggam daun pudina jika suka
Garam secukup rasa
Minyak utk menumis
Gaul rata rempah kurma dengan pes halia/ bawang putih sweta rempah kisar. Ketepikan.
Panaskan minyak didalam periok. Tumis cengkih, buah pelaga, kayu manis dan bawang hiris hingga wangi. Masukkan rempah. Tumis lagi sehingga rempahnya bertambah wangi.
Masukkan kepingan ayam, kentang dan santan. Setwlah kentang dan ayam empok, masukkan pula tomato, kobis dan garam.
Masak hingga kobis lembut.
Bolih juga dimasukkan daun pudina jika suka. Semasa menghidang taburkan bawang goreng.


English version
Kurma Ayam
1 chicken skin all fat removed, cut, washed and drained.
4 tablespoons Kurma powder (different from curry powder)
1 tablespoon ginger paste
1 tablespoon garlic paste
2 large onion..blend
4 stems green chilli..blend
1 stalk lemongrass..crushed
2 large onion, sliced
4 cloves
4 cardamom seeds
1 cinnamon stick
4 potatoes, peel skin and cut 2
4 tomatoes cut 2
1 cabbage, cut 4
4 cups coconut milk from one coconut
1 cup fried onions
A handful of mint leaves if desired
Salt to taste
Oil for sauteing

Mix well ginger paste, garlic paste, blend ingredient and kurma powder Set aside.
Heat oil in pot. Saute cloves, cardamom, cinnamon and slice onion until fragrant.
Add the mix spices that you put aside earlier. Saute until fragrant
Add Chicken pieces, potatoes and coconut milk. Let the potatoes and chicken cook.then add tomato, cabbage and salt.
Cook until cabbage is tender.
mint leaves may be add if desired. When serving sprinkle with fried shallots.

DAGING MASAK BALI


DAGING MASAK BALI

 kali pertama coba resepi untuk tetamu semalam, Alhamdulillah tidak mengecewakan.. To me its nice 


Recepi in English and Malay
translate by Azizah@cutemamadelicacies

DAGING MASAK BALI

500 gm daging lembu dipotong nipis dan dicuci bersih
250ml santan tin - zah guna santan kotak
3 helai daun limau purut
2 sdb kicap pekat
*5 biji buah keras
*8 biji cili merah
*3 ulas bawang putih
*1 inci halia
*1 sdt kunyit serbuk
Garam dan kicap manis rasa
Minyak untuk menumis
Tomato dipotong 4 dan bawang besar potong bulat.

Kisar bahan yang bertanda * panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik minyak dan garing sedikit.
Masukkan daging, santan tin dan daun limau purut, kacau sebati dan biar hingga kuah agak pekat. Masukkan garam, kicap pekat dan kicap manis secukup rasa, gaul sebati.
Masukkan tomato dan bawang besar yg dipotong bulat. Kacau lagi dan angkat untuk hidangan.

resepi by: Chef Wan



In English


500g beef (cut into thin pieces wash)

250ml canned coconut milk
3 kaffir lime leaves
2 tbsp dark soy sauce

Blend ingredient:
* 5 pieces candle nut
* 8 red chillies
* 3 cloves garlic
* 1 inch ginger
* 1 tsp turmeric powder
Salt and soy sauce, to taste
Oil for sauteing
Tomato cut 4 and onion –slice round

Heat oil and fry the blended paste until fragrant
Add meat, canned coconut milk and kaffir lime leaves, stir well and leave until the sauce thicken. Add salt, dark soy sauce and sweet soy sauce to taste, mix well.
Add tomatoes and onion . Stir again and ready to serve

Thursday, September 15, 2011

RENDANG DAGING (hjh Saliah)


RENDANG DAGING
1 kg daging lembu
Bahan yg dikisar halus:
1/2 kg bawang merah
10 biji bawang putih
4 batang serai
4 cm halia
4 cm kunyit hidup
4 cm lengkuas dititik
5 sudu makan lada kering yg sudah dikisar
2 helai daun kunyit
5 helai daun limau purut
5 helai daun salam
1.5 liter santan pekat diperah dari 3 biji kelapa
Garam secukup rasa
Daging dipotong berketul ketul tetapi jgn terlalu kecil. Cuci dan toskan. Masukkan daging kedalam kuali bersama-sama rempah kisar, santan dan lengkuas. Masak dengan api yang besar. Kacau hingga rata.
Semasa kuahnya mula menjadi pekat..masukkan daun limau purut, daun kunyit dan daun salam. Kecilkan api. Rendang harus selalu dikacau. Apabila sudah pekat, taburkan garam secukup rasa. Masak lagi sehingga kuahnya kering dan keluar minyak. Jika warna nya bertukar menjadi coklat tua..menunjukkan rendang sudah masak. Matikan api. Enak dimakan bersama roti, nasi, ketupat.

Resepi olih: Hjh Saliah Abdullah @ buku mintak Ampun Sedapnya

Tuesday, September 13, 2011

MEE HOON GORENG TOMYAM




Sedap mee hoon goreng tomyam ni.., dengan rempah tomyan dan daun limau purut.. terasa kelainan mee ini dari mee hoon lain. cobalah jangan tak coba.

MIHUN GORENG TOMYAM
• 1 bungkus mihun - rendam, bila lembut, toskan
• 300gm udang
• 200gm isi ayam
• 3 ulas bawang putih - diketuk
• 5 ulas bawang merah - dikisar
• 2 batang serai - diketuk sedikit
• 2 kiub perencah tomyam (maggi/knorr)
• cili api - bagi yg mahukan lebih rasa pedas
• 1 biji telur
• 3 helai daun limau purut - dicarik2kan
• sayur kobis - di potong panjang (halus)
• carrot - dipotong panjang (spt btg mancis)
• 2 biji tomato - dihiris nipis2
• 1 mangkuk air - jika ingin mi basah lebihkan sukatan air
• daun saderi
• Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan serai hingga wangi. Masukkan ayam dan kacau.
• Masukkan pula bawang merah yg telah dikisar dan perencah tomyam. Goreng sehingga pecah minyak.
• Masukkan udang dan gorenglah sekejap baru masukkan telur
• Masukkan air, garam dan gula secukup rasa. Untuk mendapatkan rasa yg lebih sedap bolehlah dibuat stok udang dengan merebus kepala dan kulit udang yg telah dibersihkan. Masak hingga mendidih dan masukkan sayur2an (kobis, carrot dan tomato yg telah dipotong) Masukkan juga daun limau purut yg telah dicarik2kan
• Bila sayuran dah agak lembut, masukkan mihun tadi dan goreng hingga ramuan sebati dan mi menjadi lembut (Jika ingin mi yg basah lebihkan air/stok udang)
• Hidangkan ke dalam pinggan dan taburkan dengan daun saderi yg telah dihiris halus
Sources:-Kongsiresepi.net

KETAM PEDAS BEREMPAH


Ketam Pedas Berempah

Bahan-Bahan

1 kg ketam yg banyak isi
5 biji bawang merah dihiris halus
6 btg lada merah di tumbuk
2 pelepah daun ketumbar di hiris
1 sudu makan bawang putih cincang
1 sudu makan halia yg sudah di potong spt batang mancis
2 pokok daun bawang dihiris

Bahan yg di bancuh utk kuah:
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan sos cili
1 sudu makan kicap soya
1 sudu kecil minyak bijan
1-2 sudu kecil dark soya sos
2 sudu makan prun sos / plum sos
2 sudu makan gula
1 sudu kecil serbuk lada putih
½ mangkuk air

• Panaskan minyak dlm kuali
• Tumiskan bawang putih, halia, bawang kecil, sebentar saja hingga harum
• Masukkan lada tumbuk lalu di gaul rata
• Masukkan ketam..di balik2kan cepat lalu dituang sedikit air
• Tutup kuali dan biarkan kuahnya mereneh selama 5 minit
• Baru masukkan bahan2 bancuh utk kuah
• Bila ketam dah masak dan bertukar warna..masukkan telor
• Balik2kan lalu masukkan daun bawang..bila rata dah masak dimatikan api
• Semasa menghidang, taburkan daun ketumbar

Sources: unknown (taken from my own recepi file)

Friday, September 9, 2011

SAMBAL TUMIS TELOR


SAMBAL TUMIS TELOR (SIMPLE DISH)

Sambal Tumis Telur
Bahan-bahannya:
Telor yg telah direbus ikut keperluan sendiri

Bahan uuntuk dikisar:
15 atau lebih lada kering dibuang biji dan direndam
belachan..ikut suka (shrimp paste)
5-6 bawang putih
2-3 bawang besar
1 sudu makan ikan bilis(anchovies) granules

1 sudu makan asam-dicampur sedikit air untuk dapatkan juice nya.
3 sudu makan gula atau lebih
garam

Panaskan minyak secukupny, tumis bahan bahan kisar Tumis sampai betul2 pecah minyak..dikacau selalu...Masukkan juice asam, gula dan garam.Masukkan sedikit air jika perlu Sambalnya tidak terlalu pekat atau cair.. Masukkan telor rebus dikacau biar sebati dengan sambal..Biarkan renih sebentar. Bila sudah cukup kepekatan nya dan rasa garam nya.. matikan api.

Thursday, September 8, 2011

BISCUIT SUJI



Suji ini memang sedap..Rasanya macam suji BAI,walaupun resepi ini tidak menggunakan tepong suji,hasilnya tetap tidak mengecewakan.

Biskut Suji
500-525 gm tepong gandum diayak (Flour, shifted)
375 gm gula powder or gula icing diayak (Icing Sugar)
374 gm ghee ( Ghee)
¼ sudu teh serbuk vanilla ( 1/4 teaspoon vanilla powder)
¾ sudu teh bicarbonate soda diayak (3/4 teaspoon bicarbonate soda, shifted)
2-3 biji kuning telor (2-3 egg yolk)

1. Campurkan gula dan ghee hingga sebati (mix sugar and ghee well)
2. Masukkan vanilla dan bicarbonate soda, gaul biar sebati. (add vanilla and bicarbonate soda well)
3. Masukkan tepong sedikit demi sedikit (add in flour a little at a time)
4. Bila habis, cubit sedikit demi sedikit adunan dan gentel bebola size yg dikehendaki (shape it into small marble or desire size)
5. Bakar dlm ketuhar dgn suhu 140-150 darjah selsius selama 10-12 minit. (bake it 140-150 celcius for 10-12 minute)

Hope you understand my english translation


@Zah gunakan measuring scoop size ½ sudu kecil. Zah dapat dlm 380 biji suji
Jika sebesar 1 sudu teh akan dapat dlm 180-190 biji suji. (i'm using measuring scoop size half teaspoon to get the same size...abt 380 pcs)


RENDANG KARI


This recepi had been in my folder for quiet sometime. I'll like o share with you.
Hope you like it..,  originally from my kitchen.
 Recepi in English and Malay.

RENDANG KARI from my kitchen
1 ekor ayam
2 helai daun kunyit dihiris halus
3 helai daun limau purut dihiris halus
2 keping asam glugor
3 sudu makan penuh rempah kari daging
3 sudu makan lada kisar
800 ml santan daripd 1 kotak kara
3 sudu makan madu
setengah biji kelapa dibuat kerisik
Garam

Bahan kisar:
2 biji bawang besar
3 biji bawang putih
2" halia
1" kunyit
3 biji buah keras

Bahan tumis:
4 biji bawang merah dihiris
2 biji bawang putih
1-2 pelepah daun kari
1 batang kayu manis
1 bunga lawang
3 buah pelaga
5 cengkih



Panaskan minyak..tumis bahan tumis hingga wangi baunya. Masukkan bahan kisar berserta lada kisar juga rempah kari.
Masak biar ayamnya tiga suku empok lalu masukkan santan, madu dan asam glugo. Masak biar agak kering



KARI RENDANG from my kitchen
1 chicken
2 sliced yellow leaves (tumeric leave)
3 kaffir lime leaves finely sliced
2 pieces dry tamarind
3 tablespoons full of meat curry
3 tablespoons ground dried chilli paste
800 ml coconut milk (squeeze from 1 coconut with water add)
3 tablespoons honey
half coconut.. fry till brown, ground it using dry blender
salt

Ground items:
2 large onion
3 cloves garlic
2 "ginger
1 "turmeric
3 pieces candle nut

Saute ingredient:
4 red onion, sliced
2 cloves garlic
1-2 curry leaf
1 stick cinnamon
1 star anise
3 cardamom pods
5 cloves

Heat oil and fry .. saute ingredient until fragrant , add in ground items, curry paste, chilli paste.
Let the chicken Three-quarters cooked, add coconut milk, honey and dried tamarind. Continue cook till the gravy alittle bit thick

translaed by Azizah@cutemamadelicacies

TEPONG BIASA Vs TEPONG COOKIES, TEPONG JAGUNG Vs TEPONG KASTARD dll

Apakah Perbezaan antara:
Tepong gandum ( multipurpose flour) dan Tepong cookies (red rose flour)
Tepong Jagung dengan Tepong Kastard..

untuk mengetahui lebih lanjut!

Klik sini
http://citarasawan.blogspot.com

Terima kasih K1

BUBUR AYAM @EUNOS


Recepi in English & Malay.
translate by Azizah@cutemamadelicacies

The famous Bubur Ayam @ Eunos Market.
mari sama sama kita coba memasaknya.

Bahan-bahan utk bubur ayam:
300 gm beras
3000 ml air paip
1 sudu makan lada putih serbuk
1.5 sudu teh garam
Setengah ekor ayam ( cuci dan toskan)
10 ulas bawang merah
2 cm halia
3 sudu makan minyak masak
1500 ml air paip
1 batang lobak merah
Secukup bawang goreng, daun sup, daun bawang.
Minyak bijan

Cuci beras, kemudian direbus dengan 3000 ml sir paip hingga kembang. Jika berasnya kurang berkanji, tambah airnya.
Giling atau kisar bawang merah, bawang putih dan halia.
Panaskan minyak dan tumis bahan yg dikisar hingga wangi.
Masak ayam dlm air paip 1500 ml.. Rebus ayam hingga empok. Tapis air nya.
Tuangkan air rebusan ayam ke dalam periok nasi dan masukkan lobak. Masak bubur hingga lobak empok.
Carik carik isi ayam dan masukkan ke dlm bubur yg sedang masak.
Masukkan lada putih dan garam.
Hidangkan bubur dlm mangkuk. Tabur hirisan daun sup daun bawang serta bawang goreng. Renjiskan sedikit minyak bijan.

Sunber: Berita harian




The Famous Chicken Porridge @ Eunos Market.
Let us try to cook together.

Ingredients for the chicken broth:
300 gm rice
3000 ml tap water
1 teaspoon white pepper powder
1.5 teaspoon salt
Half chicken (rinse and drain)
10 shallots
2 cm ginger
3 tablespoons cooking oil
1500 ml tap water
1 medium carrot
Enough fried onions, celery, spring onions.
sesame oil

Wash rice, then boiled with 3000 ml of the water until fluffy. If the porridge less starchy, add water.
groud onion, garlic and ginger.
Heat oil and fry ground ingredients until fragrant.

Cook chicken in 1500 ml water .. Boil chicken until tender. take out the chicken.
Pour chicken stock into the rice and add carrots. Cook until carrots soften.
Shred shred chicken and put it in my porridge is cooked.
Add pepper and salt.
Serve porridge in a bowl. Sprinkle cut spring onion, celery fried onions. Sprinkle a little sesame oil.

Wednesday, September 7, 2011

CRYSTAL BALL


Crystal Ball
Bahan A: diayak bersama
250 gm tepong gandum
1 steh baking powder
1 steh bicarbonate soda

Bahan B:
125 gm gula icing
1/8 steg garam
100 gm badam kisar dipanggang sebentar
½ steh vanilla esen
200 gm inyak sapi dicairkan dan disejukkan

Pewarna: hijau, merah dan kuning
Hiasan: gula caster

1. Satukan bahan A dan bahan B kecuali warna. Gaul perlahan-lahan hingga menjadi doh yg lembut. Rehatkan selama 20 minit atau lebih.
2. Bahagikan doh kpd 3 bahagian. Lekatkan ke 3 warna secukupnya.
3. Susunksn ketiga tiga ini menjadi doh yg panjang dan bagikan setiap doh 10 gm





Bulat-bulatkan dan susun dlm Loyang .. Zah masukkan dlm papercup



Panaskan ketuhar dan bakar dgn suhu 140-150c selama 15-20 minit.

Biarkan sejuk dan dibalut dgngula caster


Sources: citarasawan
terima kasih kak wan

CORNFLAKES CHOCOLATE MACAROONS







CORNFLAKES CHOCOLATE MACAROONS

Bahan-Bahan
225 gm corn flakes (atau almond flakes)
180 gm choc renchoco/choc chips
175 gm gula halus
3 biji putih telur (saiz yg besar)
1-2 sudu the esen vanilla

Cara-Cara:Pukul putih telur dgn esen vanilla dan masukkan gula sedikit demi sedikit. Pukul lagi hingga betul-betul pekat (stiff). Setelah itu, masukkan cornflakes dan renchoco/choc chips dan gaul rata-rata. Anda boleh juga masukkan kira-kira 50 gm kacang( srpti badam, walnut, hazelnut, etc). Setelah itu masukkan ke dalam acuan cupcakes yg kecil dan bakar hingga masak dan rangup dgn suhu ketuhar sekitar 140 darjah Celsius selama kira-kira 20-30 minit (tergantung kpd ketuhar anda).

Note: Tasted alittle bit like Kellogs cornflakes frosties. (cornflakes bersalut gula)

sources: RSR

Thursday, September 1, 2011

UDANG MASAK TOMATO BILIS


masakan ini wangi kerana daun2 nya. kenapa Zah namakan tomato bilis sbb Zah gunakan tomato dan ikan bilis nasi..cobalah,to me ia memang sedap.

UDANG MASAK TOMATO BILIS
1 kg udang sederhana besarnya digunting ekor dan muncung.
Bahan A:
20 btg lada kering
3 biji bawang besar
10 biji bawang putih
3 biji tomato..dihiris,didadu or dipotong baji (terpulang)
Setengah cawan ikan bilis nasi
Bahan B:
1 btg serai di titik
1 jari lengkuas
1 helai daun kunyit dibuang tulang dan dirampai
2-3 helai daun limau purut dibuang tulang dan di rampai
1 biji lemon
Setengah cawan santan pekat
Setengah cawan bawang goreng
Minyak utk menumis
Gula dan garam
Udang di rebus dgn sedikit air sebentar saja dan toskan airnya. Simpan.airnya utk dibuat kisar bahan A. Panas.minyak dlm.kuali. Tumis serai hingga wangi. Masukkan rempah kisar dan tumis lagi. Campakkan lengkuas serta daun kunyit, daun limau dan masak hingga naik minyak. Masukkan gula, santan, garam dan udang. Masak dan balikkan hingga kuahnya pekat. Jika sambalnya terlalu kering, masukkan sedikit air rebusan udang. Semasa menghidang, perah sikit jus lemon dan tabur bawang goreng. Enak dimakan dgn nasi, lontong atau nasi.

cobalah..memang sedap

Sources: azizah kitchen

ASAM PEDAS PARI LADA HIDUP




Ingin mencoba memasak asam pedas menggunakan lada hidup? Rasanya tidak banyak beza dengan menggunaksn lada kering. Yang penting kedua2 lada semasa menumis hendak lah lama sikit sampai keluar minyak.. Cobalah..SEDAP
Bagi sesiapa yg tk kuat pedas..hendaklah dikurangkan lada padinya.


ASAM PEDAS LADA HIDUP
1 kg ikan -dibersihkan dan potong ikut suka
12-15 btg lada merah..ikut suka sendiri
8-10 btg cili padi merah..ikut suka sendiri
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci halia
sedikit lada hitam
sedikit belacan
(Kisar semua bahan di atas ini hingga halus)

10 btg sayur bendi (yg kecil)
1 btg terung (potong kecil)
sedikit daun kesum
1/2 biji bawang besar hiris
2 btg serai (dititik)
2-3 mangkuk air
secukup perahan air asam
garam secukup rasa
secubit serbuk perasa atau 1/2 steh gula (optional)
minyak secukupnya (abt 1-2 senduk)

Cara:
1) Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bawang hiris hingga layu.
2) Masukkan bahan kisar tadi bersama serai titik dan daun kesum. Kacau sekali sekala dan biarkan sehingga garing.
3) Masukkan ikan bersama air, kacau dan biarkan sebentar. Kemudian masukkan terung, bendi, air asam, garam & perasa/gula. Kacau sebentar & sesuaikan rasanya-masam, masinnya.
4) Biarkan sehingga kuah mendidih dan ikan masak. Matikan api dan bolehlah dihidangkan bersama nasi.. power!!!

MEE SUP




Bahan2 utk sup

Rempah tumis:
1-2 kuntum bunga lawang
2 inci kulit kayu manis
1 smkn ketumbar biji
½ smkn jintan kasar
1 smkn jintan halus
½ smkn lada hitam
3 biji buah pelaga
½ smkn lada putih
1 cube lembu
(sukatan main agak2 jer)


2 labu bawang besar dikisar
6 ulas bawang putih dikisar
2 inci halia - dititik atau kisar
2 batang serai - dititik
1 biji bawang besar dihiris
3 smkn rempah sup



1 kg daging dihiris suka hati
1/2 kg tulang
air utk merebus dan kuah secukupnya (kena tambah lagi sehingga daging empuk)
garam & serbuk perasa
serbuk lada hitam secukupnya

Cara2 Membuatnya~

1. Jika dibuat cara menumis - panaskan minyak tumis dulu rempah kasar sekejap kemudian masukkan bahan mesin kacau sikit masukkan pes rempah sup kacau lagi.
2. Masukkan serai dan halia kemudian masukkan air kacau jangan bagi berkerak.
3. Masukkan daging, tulang dan perut. Tutup periuk biarkan ia mendidih baru kacau2 sedikit. Masak sehingga daging empuk. Jika daging masih belum empuk.. tambahkan air (kalau nak cepat tambah air panas mendidih). Jika guna periuk biasa... biasanya ambil masa lebih kurang 2½ jam sehingga 3 jam baru kuahnya sedap. Sekiranya anda mempunyai pressure cooker.. masa merebus lebih singkat .
4. Bila daging hampir empuk.. perasakan dengan garam, serbuk lada hitam & perasa secukupnya.. biar merenih & daging benar2 empuk.. tutuplah api..

Jika dibuat cara merebus - Masukkan air dlm periuk dan segala bahan2 sekali gus dan rebuslah sehingga daging empuk.

Menyediakan Bihun/ Mee
1. 1 bungkus bihun/mee hoon direndam dalam air bersama 1 sudu besar serbuk kunyit sehingga lembut kemudian tos kan.
2. Sementara itu didihkan air utk merebus mee hoon.
3. Bila air dah mendidih masukkan mee hoon yg telah ditos tadi dan tutup api.kacau 2 sikit bagi mee hoon masak dgn rata biarkan dlm 3 minit agak2 mee hoon masak jgn terlalu lama nanti terlembik.
4. Tos kan mee hoon sambil dijirus dgn air paip kemudian balik2 kan dan biarkan mee hoon di tos begitu sehingga di hidang. Tujuan buat begini supaya mee hoon tak jadi bergumpal dan mudah utk di ambil atau dileraikan bila nak makan.

Bahan Tabur/ Tambahan Lain
Daging yg telah siap dipotong kecil2 (Ambil dari dalam kuah sup tadi)
Bawang goreng
Daun sup dan daun bawang di mayang
Sambal Cili

RESEPI SAMBAL CILI: (different style)
½ cawan serbuk cili
½ sudu besar bawang putih dan merah mesin (ambik dr bawang buat kuah sup tadi pun boleh tapi jgn letak halia)
½ cawan air (boleh tambah jika terlalu pekat)
50 gm gula melaka @ gula hitam
½ sudu besar asam jawa (dibancuh dgn air tadi)
garam dan perasa
sedikit minyak utk menumis.

Cara2
1. Panaskan minyak api perlahan, tumis bawang kejap then masukkan serbuk cili kacau jgn sampai hangit.
2. Masukkan air asam jawa, gula melaka, garam & serbuk perasa secukupnya. Kacau hingga sebati jgn ada yg berketul. Biarkan ia pekat kacau2 sikit tapi hati2 sambal ini akan meletup2 mcm masak dodol jadi gunakan api yg perlahan. Rasakan sambal biar secukup rasa.. ada rasa masin, manis & masam... pedas semestinyaa
3. Sedia dihidangkan bersama2 dengan bihun & sewaktu dengan nya

Fish