Friday, August 19, 2011

BUBUR AYAM

BUBUR AYAM

2-3 cawan beras
1 kg Isi ayam ( terpulang brapa bnyk)
Secukup air utk rebus tulang2 ayam)

bahan kisar:
8 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
Setengah inci halia

Minyak utk menumis

Hiasan:
daun sop bwg
3 biji telor didadar dan dihiris
Ikan bilis goreng
Bawang goreng
10- 20 lada padidihiris kasar2 dan rendam dgn kicap cair

Panaskan.minyak dlm kuali dan tumis bahan kisar hingga wangi.masukkan air, garam, lada putih dan tulang2 ayam. Rebos dlm 20 minit hingga supnya lazat.
Keluarkan tulang ayam dan masukkan isinya. Setelah isi ayam masak dan lembut..keluarkan. Apabila isi ayam sejuk disiat2 isinya.
Beras dicuci bersih dan dimasukkan dlm periok sup tadi. Pastikan airnya cukup. Masak hingga berasnya kembang dan hancur sikit.
Masukkan sedikit hirisan daun sup bawang dan separuh isi ayam yg disiat. Kacau rata dan rasa. Jgn terlalu pekat. Sajikan panas2.

Sumber: cutemamadelicacies.blogspot.com

TERONG GORENG KUNYIT

TERUNG GORENG KUNYIT...
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji terung biru jenis panjang
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam halus
1 biji bawang besar sederhana, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
5 - 6 biji cili padi, diketuk
Sedikit garam

CARA MEMBUATNYA :-)

Terung dibuang sedikit kulitnya, hiris sederhana tebal, dan rendam dalam air bergaram selama 10 minit, toskan dan lumur dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Goreng hinga layu tapi jangan lembik. Angkat, toskan dan letak atas beberapa keping paper towel hingga minyak terserap. Susun dalam pinggan sesuai.. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, masukkan secubit garam, tumis bawang besar, bawang putih dan cili padi hingga layu, angkat dan tabur atas terung tadi, hidangkan segera.

sumber: dari cmg

MEE GORENG TOMATO

MAGGIE GORENG TOMATO


This noodle... just nice, terasa sedikit masamnya, pedas, combinasi kicap manis dan kicap masin is just right adding more flavour to this noodle.. Cobala, Sedap.
Bahan:-
  • 5 bungkus mee maggie yg kosong (yg tiada rempah) - dipatah2kan sedikit direndam dgn air sejuk sebentar
  • 200 gm daging - dihiris halus dan basuh bersih.
  • 12 - 15 ekor udang - dibersihkan
  • 4-6 biji cili merah - dikisar
  • 6 ulas bawang merah - dikisar
  • 4 ulas bawang putih - kisar
  • 3 sudu besar tomato puree
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 biji tomato - didadu
  • 1 kiub pati lembu / ayam
  • 1 batang lobak merah - dipotong batang mancis
  • 1 ikat sawi - dipotong-potong
  • 2 mug air
  • garam secukup rasa
  • minyak untuk menumis
Bahan Tumis :-
  • 1/2 labu bawang besar - dihiris nipis
  • 2 ulas bawang putih - dihiris nipis
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan tumis hingga naik bau dan kekuningan.
  2. Masukkan daging, perlahankan api dan kacau hingga daging 3/4 masak.
  3. Masukkan cili kisar, sos tomato, tomato puree, kicap dan kiub pati lembu. Kacau rata dan sebati.
  4. Masukkan udang, lobak merah dan batang sawi. Kacau.
  5. Masukkan air dan garam. Biar didih sekejap.
  6. Masukkan maggie dan tomato dadu, kacau balik rata-rata hingga nampak kembang dan lembut sikit.
  7. Masukkan sayur sawi dan kacau lagi hingga maggie nampak kering dan sebati dengan bahan lain.
  8. Setelah sebati dan maggie lembut. Tutup api dan hidangkan dengan cili jeruk/perahan limau nipis.
Sumber: cutemamadelicacies.blogspot.com

Wednesday, August 17, 2011

ACAR NENAS MANGGA

Aziza’s Kitchen

Acar Nanas Mangga

1 biji nanas yg muda dipotong ½ inci dihiris kasar

3 biji mangga yg muda dikupas kulit dan dihiris kasar

100 gm gula tanjung

150 gm gula pasir

4 sudu makan cuka or 1 lemon

1 sudu kecil garam

1 sudu kecil serbuk kunyit

50 gm air jika perlu

1 sudu kecil biji sawi

1 sudu kecil halia kisar

6 tangkai lada merah dikisar

3 sudu makan lada boh

1 sudu kecil bawang putih kisar

100 ml minyak buat tumis

Sedikit bijan disangar

** 1 sudu kecil serbuk kunyit dan 1 biji limau nipis di buat dibuat rendam nanas

  • Nanas dan mangga dicuci dan toskan airnya
  • Panas minyak tumis halia sebentar..masukkan biji sawi, bawang putih..tumis terus hingga naik baunya
  • Masukkan kunyit, lada merah, lada boh, tumis hingga garing
  • Masukkan kedua2 gula dan sedikit air dan tunggu sebentar
  • Masukkan cuka, garam dan dikacau rata dan masak hingga pekat
  • Matikan api dan tunggu 10 minit
  • Masukkan nanas dan mangga..tabur dgn bijan yg disangar
sources: cutemamadelicacies.blogspot.com

Sunday, August 14, 2011

RENDANG CILI PADI

Compose

Rendang is a dish using chicken, beef, mutton or even seafood slow cooked with dried/fresh chili, onion, ginger, galangal, lemon grass, fragrant leaves in coconut milk until the the liquid is dried up and the meat tender.


Rendang Cili Padi
2 kg daging lembu yg berurat dipotong 2 cm tebal
20 btg lada padi ( ikut suka)

bahan-bahan dikisar halus:
20 btg lada kering
3 btg serai
8 biji bawang putih
3 biji bawang besar

1 ibu jari lengkuas dititek
2 biji kelapa parut dijadikan 1.5 litre santan
Setengah biji kelapa dibuat kerisik
1 helai daun kunyit
3 helai daun salam
2 helai daun limau purut
1 keping asam glugor yg kecil
Gula tanjung/ melaka secukupnya
Garam

Masukkan semua kedalam periok kecuali lada padi, garam, gula.
Masak dgn api sederhana, kacau dulu beberapa minit agar santan nya tidak pecah. Masukkan sedikit dulu garam. Biarkan ia mendidih.
Kacau selalu agar dasarnya tidak hangus. Jika sambalnya memekat dan dagingnya masih liat, tambah lagi air dan rebus hingga daging empok. Jika sudah rasa masamnya, keluatkan asam keping. Tambah lagi garam dan masukkan sedikit dulu gula. Masukkan cili padi. Apabila daging hampir lembut dan kuahnya pun harus pekat. Rasa dan tambah gula dan garam jika kurang. Enak dimakan dgn lontong, ketupat, nasi dan roti.
Selamat mencoba..

PRAWN NOODLE




Mee ni memang sedap, resepinya dah lama tersimpan dalam folder kak zah.


Prawn Noodle-Mee Kuah Udang (Harmin)

Bahan A:
500 gm mee kuning, kuih tiau atau mi hoon
500 gm udang hidup di bersihkan kepala dan kulit utk jadikan stok
100 gm sawi di potong 5 cm panjang dan celor…ketepikan
50 gm taugeh di celor sebentar saja
Telor puyuh…rebos di kopek kulit
1 tin cendawan butang
Bawang goring
Tangcai
Daun sop dan daun bawang
Cili merah di cincang halus
Kicap cair
Minyak utk menumis

Bahan B: Perapan
6 sudu mkn sos tiram
6 sudu mkn kicap cair
2 sudu mkn minyak bijan
2 sudu kecil lada putih

Semua bahan B di gaul rata dan di bagi 3. 1 bahagian di perap dgn udang.
1 bahagian di perap dgn telor rebos, 1 bahagian di perapkan dgn cendawan butang.

Bahan C utk kuahnya:
Kulit dan kepala udang di bersihkan.. halia sebesar ibu jari di titik… dan air 5 mangkok di rebos.. kecilkan api biar mendidih hingga jadi 3 mangkok.
Di tapis stok dan buang ampasnya.


Cara memasak kuah: Panaskan minyak, tumis paste bawang putih hingga garing dan warnanya kemerahan..masukkan cendawan butang dan telor puyuh yg dah rebos..tuangkan stok udang ked lm periok dan rasa..tambah sos tiram dan kicap cair jika kurang..tambah.. biar mendidik

Cara menghidang: ambil sedikit mee yg dah celor, taugeh, sawi, tuangkan kuah, taburkan daun sop, bawang goring, kicap cili padi dan tangcai


Prawn Noodle (Harmin) by azizah@cutemamadelicacies

 Ingredient A:
500 gm yellow noodles, vermicelli noodle, kuih tiau
500 gm prawns, clean  (head and shell for the stock)
100 gm of sawi (chye sim) cut into 5 cm in length boil in hot water a short while only, drain set aside
50 gm bean sprouts  soak a little in hot water, drain, set aside
Quail eggs ... boil, peel off skin, set aside
1 can of button mushrooms
Ready fried onions
Tangcai
celery,spring onion leaves
Finely chopped red chilli
light soy sauce
Oil for sauteing

 Ingredient B:  for marinade
6 tablespoons oyster sauce mkn
6 tablespoons light soy sauce mkn
2 tablespoons sesame oil mkn
2 tsp white pepper

 Mix ingredient B and divide into 3 part.  One part marinade with shrimp.
One marinade with hard boil quil egg, one part marinate with button mushrooms.

Ingredient C for the broth:
Boil shrimp's head with 2 cm of ginger and 5 cup of water .. allow to boil over medium heat to become 3 bowl of stock. drain to take the clear stock only to be use later.


How to cook the gravy:
Heat oil and saute the garlic paste until fragrant .. add button mushrooms and quail eggs .. pour the shrimp stock.. add oyster sauce and light soy sauce

How to serve:
put the noodles, bean sprouts, chye sim, pour the gravy, sprinkle with spring onion, fried onions and tangcai. eat with finely chop red chilli with light soy sauce.

hope you understand my translation.
translated in english by Azizah@cutemamadelicacies



Sumber: Rancangan Pesta Perut diradio warna

MEE SOTO





MEE SOTO
Bahan-bahannya
2 kg mee kuning (bee hoon pun boleh) - dicelur
500 gm taugeh -dibersihkan (kalau ada masa lerr!) dan dicelur
1 ekor ayam (kira-kira 1.5 kg)- dibelah dua atau empat
3-4 liter air
100 ml santan pekat
3 sudu makan ketumbar }
3 sudu makan jintan kasar }
2 sudu makan jintan halus } --- disangai & dikisar halus
1 sudu teh serbuk lada putih
3 batang serai, dititik
2.5 cm lengkuas , dititik
1 batang kayu manis
5 biji buah pelaga
8 biji bunga cengkih
1 sudu teh gula (optional)
garam secukup rasa
200 ml minyak untuk menumis
1 biji bawang besar hiris

Bahan-Bahan Ditumbuk/Kisar
3 biji bawang besar
8 ulas bawang putih
5 cm halia
3 cm kunyit hidup atau 2 sudu makan kunyit serbuk

Bahan2 Sampingan/Taburan
secukup daun sup & daun bawang
bawang goreng
bagedil
sambal kicap cili padi
isi ayam (disiat-siat)

Sambal Kicap Cili Padi
25 biji cili padi merah
4 ulas bawang putih
125 ml (abt 1/2 cawan) kicap lemak manis
1/2 sudu teh gula (optional)
jus dari perahan 2 biji limau kasturi
(Kisar semua bahan2 dan perahkan jus limau)

Peraturan Membuat Kuah Soto:
Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bawang besar tadi hingga kuning sedikit. Masukkan rempah tumis (kayu manis, cengkih & pelaga), serai dan lengkuas yang telah dititik. Kemudian, masukkan rempah yang telah dikisar. Kacau hingga garing dan naik baunya. Masukkan serbuk ketumbar, jintan halus, jintan kasar dan lada putih. Kacau hingga rata. Masukkan ayam, air, santan, gula dan garam. Kacau sekali-sekala dan biarkan hingga mendidih. Kemudian, keluarkan ayam yang telah empuk dari periuk.

Cara Menghidangkan Mee Soto
Ambil mee/bee hoon lalu bubuhkan dalam mangkuk. Bubuhkan juga taugeh celur. Tuangkan kuah soto dan taruklah isi ayam yg telah disiat ke atas mee tadi. Taburkan daun sup/bawang dan bawang goreng. Bubuh sebiji bagedil dan sedikit sambal cili padi.

BAGEDIL
Bahan-bahannya
1 kilo kentang (dikupas kulitnya,dipotong bulat)
250 gram daging cincang (goreng dgn sedikit garam hingga kering)
2 biji telur (utk mencelup bagedil, bubuh siket garam)
1/2 cawan bawang goreng
secukup daun sup/daun bawang (dihiris)
2 sudu teh serbuk lada putih
1 sudu teh gula (optional)
garam secukup rasa
secukup minyak utk menggoreng bagedil

Cara
1. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng kentang yang telah dipotong bulat dan angkat setelah kentang masak. Toskan. Kemudian tumbuk sehingga lumat.
2. Masukkan daging cincang, serbuk lada putih, daun sup/bawang, bawang goreng, gula & garam. Gaul hingga rata dan sebati. Bentukkan bulat-bulat dan celupkan dgn telur sebelum digoreng dalam minyak panas.

Nota:
1) Ada sesetengah resipi bagedil yg menggunakan sedikit serbuk buah pala kering dan ada juga yg membubuh sedikit isi buah pelaga yg ditumbuk. It's a personal choice. I didn't put either of them!
2) I did three variations of bagedil. 1st one I used daging cincang as in the recipe above. 2nd is I used udang kering yg ditumbuk instead of daging and I added a fresh shrimp/prawn in each bagedil. 3rd one I added mixed vege in them.

As for SOTO BABAT/DAGING, I boiled separately the babat and daging lembu yg telah dipotong nipis/kecil (sukatan agak2 jer). Setelah kuah Soto ayam tadi masak (saja jer masak lebih, nak keje senang!), cedukkan kira-kira 750 ml dan bubuhkan ke dalam periuk lain. Masukkan daging (bersama air rebusannya sekali) dan babat yg telah siap direbus empuk dan biarkan ia mendidih sebentar. Sesuaikan rasanya dan tambahlah apa yg kurang. Makanlah bersama lontong/ketupat yg didadukan. Insya'allah , enakkkk....

Source: RSR

Friday, August 12, 2011

IKAN KICAP SANTAN



Resepi ini lama dalam simpanan Zah dari tahun 1999. Sering dimasak untuk keluarga. Ikan kicap santan ni senang saja..combinasi lada kisar, santan, kicap manis dan bahan bahan yang lain dah cukup membuat lauk ni sedap dimakan panas-panas dengan nasi putih.

BAHAN-BAHANNYA :-)
7 ketul daging ikan
1-2 smkn cili kisar
setengah cawan kicap manis kipas udang ( kurang ditambah)
2-3 smkn santan
1/2 cawan air

beberapa btg lada merah dan lada hijau dihiris
1 biji bawang besar dikisar
3 ulas bawang putih dikisar
1 inci halia, hiris halus
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 biji tomato merah, cincang
tomato ceri atau tomato buah belah 6
1 biji bawang besar dihiris bulat


CARA MEMBUATNYA :-)
1. Ikan diperap dengan sedikit garam dan jus limau kasturi selama 1o minit, kemudian cuci, tos dan lumur dengan sedikit serbuk kunyit dan garam, gaul rata dan goreng hingga kuning keemasan, tapi jangan garing sangat. Angkat dan toskan.
2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar, halia, kayu manis, bunga lawang dan cili kisar hingga harum, masukkan tomato cincang dan masak sekejap. Tuang air dan masukkan kicap.Kacau dan biar mendidih.
3. Masukkan ikan, santan, lada hiris dan juga bawang. Masak hingga pekat. Tambah sedikit gula. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas bersama nasi putih..


In English

Ingredient :-)
7 pieces of fish meat
1-2 tbsp chilli paste
half cup sweet soy sauce
2-3 tbsp coconut milk
1 / 2 cup water

red & green chilli cut slice
1 large onion ground
3 cloves garlic, ground
1 inch ginger, finely chopped
1 stick cinnamon
1 star anise flower
1 red tomato, chopped
cherry tomatoes or normal tomato cut 6
1 large onion, sliced ​​round


How to make :-)
1. Fish marinated with lemon juice a little salt and put aside for 1o minutes, then wash, drain and coated with a little turmeric powder and salt, mix well and fry until golden brown, crisp but not over cook. Remove and drain.
2. Heat oil in a wok, fry the paste, ginger, cinnamon, star anise and chilli paste until fragrant, add chopped tomatoes and cook for a while. Pour water and allow to boil..add soy sauce
3. Add fish, coconut milk, sliced ​​chilli and onions. Cook until thick. Add a little sugar. Taste and if ok can turn off the fire. Serve hot with white rice ..

IKAN MASAK BENGGALI




Asam pedas ni memang lain dari asam pedas yg biasa, kerana ia menggunakan jintan halus dan daun ketumbar. Cobalah..Power!!!
Resepi dari blog bro Rozzan.TQ


IKAN MASAK BENGGALI

1 ekor ikan ongah / kerisi (kira-kira 1 kg)
2 biji bawang besar (dihiris, utk tumis)

Bahan Kisar
50 tangkai lada kering dibuang biji or 2 smkn yg da kisar
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar lada hitam - ikut suka pedasnya
1 sudu teh (bumbung) jintan halus
1 sudu teh kunyit serbuk

secukup air asam
3-4 cawan air
garam secukup rasa
secubit serbuk perasa (optional)

1 ikat daun ketumbar
2 biji tomato (belah 2 atau 4)
bendi atau terung (secukupnya)
2-3 senduk minyak utk menumis

Cara:

1. Ikan dibersihkan dan dipotong ikut suka.

2. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bawang besar hingga separuh layu. Masukkan bahan kisar dan tumis lagi hingga garing. Bubuh sedikit air jika perlu lalu masukkan pula daun ketumbar. Kacau dan biarkan sebentar (1-2 minit).

3. Seterusnya, masukkan air (3-4 cawan), ikan yg telah dibersihkan tadi dan juga sayur bendi. Biarkan sebentar, kemudian baru masukkan air asam dan garam. Rasalah masam masinnya tp jgn terlalu masam.

4. Akhir sekali, masukkan buah tomato dan kacau sebentar sebelum dimatikan api.

Nice, lain dari asam pedas yg biasa..

SWEET SOUR CILI CRAB


Sweet Sour Cili Crab
Bahan-Bahan
1½ kg ketam renjong/bunga
(kukuskan sebentar, kira-kira 5 minit)

3 biji bawang besar
1 inci halia
6 ulas bawang putih
2 batang cili merah
10 batang cili padi
1½ cawan cili kering kisar
(kisar semua bahan2 di atas ini)

2 batang serai (dititik)
1 inci lengkuas (dititik)
½ biji bawang besar (dihiris, utk ditumis)

3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar cuka..optional
3-4 sudu besar gula pasir
1 susu kecil minyak bijan
garam secukup rasa
3- 4 cawan air

¾ cawan minyak masak (utk menumis)
4 biji telur (dikocok sebentar)
sedikit bawang goreng, daun sup/bawang (utk hiasan)

Peraturan :

1) Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang besar.

2) Masukkan pula bahan2 kisar bersama serai dan lengkuas titik. Tumis hingga garing dan naik baunya. Kalau perlu bubuh sedikit air dari sukatan air yg diberi tadi.

3) Setelah itu, masukkan pula sos tiram, sos abalone, kicap cair, sos cili, sos tomato, cuka, gula, garam dan lebihan air tadi. Kacau rata dan sesuaikan rasanya. Akhir sekali, masukkan minyak bijan.

4) Kemudian, siramkan telur yg dah dikocok tadi ke atas kuah ketam ini dan biarkan sebentar shingga telur ‘keras’ sedikit. Setelah itu, gaul rata-rata.

5) Bila dihidangkan, taburkan sedikit bawang goreng dan daun sup/bawang hiris.

Nota:
Kalau kuahnya cair, anda boleh ambil 2 sudu besar tpg jagung dan larutkan dlm ½ cawan air. Kemudian tuang ke dalam kuah ketam tadi dan ratakan. Kuahnya akan pekat.



Fish