Sunday, October 16, 2011

UDANG GORENG BERSALUT TEPONG

UDANG GORENG BERSALUT TEPONG (eno)



Udang Goreng Bersalut Tepong
http://syurie.blogspot.com/search/label/Udang
Bahan-bahan:
20 ekor udang dibersihkan dibuang kulit kecuali bahagian ekornya. Bolih juga gunakan sotong.
3 sudu makan (bumbung) tepong gandum.( kak za gunakan 60 gm)
1 sudu makan (bumbung) tepong beras ( kak za gunakan 20 gm )
100 ml air
garam secukup rasa
1/2 sudu teh eno ( biru)

Masukkan tepong gandum dan tepong beras ke dalam mangkuk besar.
Masukkan sedikit garam dan 100 ml air. kacau adunan hingga sebati.
( ia akan kelihatan agak pekat)
Masukkan batter kedlm peti sejuk seketika sehingga mahu digunakan.
Keluarkan batter dari peti sejuk dan masukkan Eno.
Kacau sebati sehingga adunan nampak seakan berbuih buih kecil dan adunan ringan.
Panaskan minyak, celop udang ke dalam batter kecuali bahagian ekor.
Dicelop rata hingga agak tebal disaluti tepong dan goreng terendam hingga kuning keemasan.
Angkat dan toskan.Hidang bersama sos kegemaran anda.





No comments:

Post a Comment