Friday, October 28, 2011

TEOCHEW STYLE MEE POK NOODLE

Sebahagian dari Bahan2 sos yang digunakan, sorry lupa nk snap chilli oil




Cara menyediakan / mencelurkan mee
Cara menyediakan:
Dalam 1 mangkok.. Masukkan..
1/2 sudu kecil chilli oil
1/2 sudu kecil cuka hitam (tak gunakan)
1/2 sudu kecil sos tiram
Beberapa titik sos ikan

Mee pok 1 longgok dlm 100- 120 gm di kirai2. Masak air dlm periok, celor mee dlm 45 saat sambil di kirai2 jgn berkumpul. Tos mee dan masukkan dlm mangkok yang sudah berisi sos.
Lihat cara menghidangkan dibawah.

Step by step menyediakan / memasak  cendawan



Cendawan Stew:
10 cendawan china yang kering
1 sudu makan minyak zaiton
Beberapa keping hirisan halia
1 sudu teh sos tiram
1 sudu teh kicap pekat hitam
Air panas

Cara stew cendawan:
Cuci cendawan lalu direndam dengan air panas selama 15 minit.
Setelah 15 minit keluarkan cendawan lalu dipetah sedikit agar keluar airnya lalu dihiris nipis. Air rendam cendawan jangan di buang.
Panaskan minyak, tumis halia biar wangi masukkan cendawan. Tumis lagi hingga wangi baru masukkan sos tiram dan beberapa sudu air rendam cendawan.
Masak dgn api sederhana agar cendawan mesra dengan sos nya.
Bila air cendawan hampir pekat ditambahkan lagi air dari rendaman cendawan tadi. Buat lah procedure ini sekurang2 nya 2 kali agar stew itu benar2 sebati dan cendawan lembut.



Daging kisar Goreng
300 gm atau lebih daging kisar
1 sudu makan minyak zaiton
4 ulas bawang putih dicincang
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap pekat hitam (thick dark soy sauce)
1 sudu makan kicap hitam (dark soy sauce)
8 cendawan butang dalam tin dihiris

Panaskan kuali dgn minyak zaiton, tumis bawang putih hingga wangi.
Masukkan daging kisar dan goreng hingga masak dgn api yg sederhang hingga kering.
sambil kerap dikacau, masukkan cendawan butang.
** daging ini bolih disiap lebih awal dan simpan dalam fridge. Bila hengak digunakan.. panaskan dalam microwave oven.
Bahan bahan
1 paket teochew mee pok noodle (contoh mee pok ada diatas)
Taugeh jika suka
Daun bawang
Bawang goreng


Cara membuat pes chilli: (atau beli saja chilli oil yang sudah siap dalam botol, contohnya ada diatas)
1/2 cawan bawang dihiris
1/2 cawan cili flakes
1 sudu makan bawang putih yg sudah dikisar
1/2 cawan minyak masak
1 sudu makan gula
1 sudu teh garam
Panaskan minyak dalam kuali.
Tumis kesemua bahan hingga garing dan keluar minyak. Bolih juga digunakan chilli oil yang sudah siap dalam botol yang terdapat dipasar raya.

Cara membuat sup:
Daun bawang dihiris kasar
Beberapa hirisan halia
1 sudu makan tung choy jika suka
800gm tulang ayam
2.5 liter air
Garam
Cendawan butang dihiris
Bebola ikan (fish ball)
Fish cake

Cara memasak:
Didihkan air.. Masukkan ayam, daun bawang, tung choy, halia, tutup periok dan biar masak dengan api yang sederhana selama 45 minit hingga 1 jam.
Sesudah itu, masukkan garam, cendawan butang, bebola ikan.
Biarkan renih selama 10 minit.


Step by step menghidangkannya:

Cara menyediakan:
Dalam 1 mangkok.. Masukkan..
1/2 sudu kecil chilli oil
1/2 sudu kecil cuka hitam (tak gunakan)
1/2 sudu kecil sos tiram
Beberapa titik sos ikan

Mee pok 1 longgok dlm 100- 120 gm di kirai2. Masak air dlm periok, celor mee dlm 45 saat sambil di kirai2 jgn berkumpul. Tos mee dan masukkan dlm mangkok yang sudah berisi sos .Bubuh bahan2 spt daging goreng, cendawan, fish ball yg diambil dari sup, bawang goreng.  Sampingan.. 1 mangkok sup..Lihat cara menghidang disebelah.


Selamat Mencoba..

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget