Monday, October 3, 2011

SAMOSA




Samosa
500 gm daging kisar, cuci dan toskan
250 ml air
1 sudu makan rata bawang putih kisar
1 1/2 sudu makan cili serbuk
1 sudu teb serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh garam masala
1/2 cawan hirisan daun ketumbar
1/2 cawan hirisan daun pudina
4 biji bawang besar didadu kecil
5 biji lada hijau dipotong 4 dan dihiris halus
40-50 helai kulit popiah (1paket)
Garam secukup rasa
Minyak untuk mengoreng
Daging direbus didalam kuali dengan air, halia, bawang putih, garam dan semua rempah serbuk. Balik-balikkan dan masak hingga kering. Matikan api dan biarkan sejuk.
Daging yang sejuk digaulkan pula dengan bawang dadu, hirisan lada hijau, daun ketumbar dan daun pudina sehingga rata dan sebati.
Kulit popiah dipotong memanjang, 3 atau 4 bahagian. Kemudian isikan inti daging dan lipat samosa dengan menggunakan 2 helai kulit supaya tidak pecah bila digoreng.
Panaskan minyak didalam kuali dan gorenglah samosa dengan api yang sederhana sehingga masak dan warnanya kekuning-kunjngan. Angkat dan toskan diatas kertas serap minyak. Enak dimakan panas-panas.


RESEPI: Hjh Saliah Abdullah (BUKU MINTAK AMPUN SEDAPNYA)




No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget