Friday, October 14, 2011

SAMBAL IKAN TOMACHO




Resepi ini dari dapur kak Za.. hehe anehkan, namanya Tomacho.. hasil dari gabungan lada, tomato dan tauco.

Sambal Ikan Tomacho
6 ekor ikan (kak za gunakan cencaru)
2 biji bawang besar dipotong bulat
2 biji tomato sederhana dipotong 4
4 sudu makan tauco
1 kuib stok ayam / ikan bilis
6-8 sudu makan tomato sos
1 sudu makan gula
1 batang serai dititik
Minyak utk tumis dan goreng ikan

bahan kisar:
20 tangkai lada kering
6 ulas bawang putih
12 biji bawang merah
2 inci halia

Cara:
Ikan yg sudah dibersihkan dilomor garam kunyit lalu digoreng.
Tumis bahan2 kisar hingga wangi.
Masukkan kuib ayam, tauco,sedikit air dan sos tomato. Tumis lagi.
Masukkan tomato buah, bawang besar dan ikan. Bubuh garam, gula.
Setelah rasanya ok..bolih la matikan api.

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget