Saturday, October 15, 2011

NASI GORENG LADA HIJAU / GREEN CHILLI FRIED RICE





Nasi Goreng Lada Hijau
6 cawan nasi dilerai2kan
3 biji telor dikocok
1-2 genggam ikan bilis dicuci skejap saja dan ditoskan
1 kuib ikan bilis stok
1 biji bawang besar dihiris bulat

bahan kisar:
5 biji bawang putih
1 biji bawang besar
9 batang lada hijau.. bolih dilebihkan
5 lada padi hijau jika suka
1.5 inci x 1.5 inci belacan
1 genggam ikan bilis dicuci


Cara nya:
Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga wangi, masukkan kuib ikan bilis, tumis lagi biar garing sebentar..
Buat lobang ditengah2 rempah ( rempah diketepikan ) masukkan telor kocok tadi, biarkan keras sebentar baru mula hancur2kan telor itu. biarkan rempah dan telor bersatu rata.
Masukkan nasi, bawang hiris dan garam, kacau rata. matikan api, masukkan ikan bilis goreng. kacau rata dan siap utk dihidang.



No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget