Tuesday, September 20, 2011

TIPS: IKAN

*Ikan Garing dan Tidak Melekat Masukkan sekeping asam gelugur ketika menggoreng ikan. Ikan tersebut tidak melekat dan cepat garing.

*Elak ikan goreng melekat pada kuali
Semasa memanaskan minyak dalam kuali, bubuhkan sedikit garam pada minyak tersebut sebelum masukkan ikan.

*Menggoreng Ikan
Untuk mengelakkan ikan melekat di kuali ketika menggoreng, sebelum masukkan ikan, panaskan minyak bersama 2 atau 3 keping asam gelugor atau asam keping. Setelah panas barulah dimasukkan ikan. Terpulang pada puan-puan sama ada ingin turut menggoreng ikan bersama asam keping tersebut kerana ianya tidak menjejaskan rasa ikan yang digoreng.

**utk gorengan apa pn agar tidak melekat masukkan seulas bwng putih dgn kulitnya skali sebelum menggoreng dan biarkan didalam minyak

*Ikan Goreng Tidak Hanyir 1. Sebelum menggoreng, taburkan serbuk kunyit pada minyak yang telah dipanaskan. Kemudian masukkan ikan, gaulkan dengan garam. Goreng ikan seperti biasa. Ikan tidak hanyir walaupun telah sejuk.
2. Campurkan sedikit serbuk kunyit, bawang putih serta garam. Lumurkan rata-rata pada ikan dan perapkan beberapa minit. Seterusnya goring ikan seperti biasa.


sumber: Koleksi Petua Memasak

No comments:

Post a Comment