Sunday, September 18, 2011

TIPS: BIHUN YANG LEMBUT



Kalau baca arahan di packet bihun biasanya suruh rendam dan tos saja.. boleh di rendam dengan air sejuk atau air panas..tapi arahan tak lengkap..kalau rendam guna air sejuk lama nak lembut.


Adakalanya:{ Sometimes}
  1. Bihun keras  ( the noodle is too hard)
  2. Terlampau lembik.. berpintal pintal! (its too soft )
  3. Dah ok..tapi bihunnya putus-putus, bahan-bahan adakala masih berketul dan tak sebati
  4. Terlebih masin!


Hari ini saya nak berkongsi cara menyediakan bihun supaya ia tetap lembut.


  1. Rendam bihun dalam air panas yang sudah mendidih..Tunggu selama beberapa minit sahaja.. Ini bergantung kepada jenis/jenama bihun yang digunakan..Ada bihun yang rendam sekejap dah lembut.Ada yang rendam lama pun,masih tak lembut.
Jadi,Cara nak menguji ia dah cukup lembut ke tidak, angkat sedikit bihun yang sedang direndam itu menggunakan garfu dan cuba putuskan guna jari..cubit-cubit .kalau senang nak putus maknanya dah cukup lembut..kalau masih kenyal,sila tunggu sebentar lagi..
  1. Bila dah cukup lembut tadi,toskan..dan segera lalukan dibawah air paip..sejukkan keseluruhannya..ramai yang buat silap dengan membiarkan begitu sahaja (ini yang jadi lembik bila digoreng). Pastikan bihun sejuk seluruhnya,.angkat2 menggunakan tangan supaya proses menyejukkan tu cepat
  2. Kemudian,barulah ditoskan dan sedia untuk digoreng atau dimasak mengikut menu pilihan..


Bagaimana nak dapatkan Bihun Goreng yang panjang2 dan tak putus2..
  1. Bihun yang putus2 terjadi sebab masa menggoreng,,kita potong2 dengan sudip supaya bihun tu cepat sebati dengan bahan2..
  2. Jadi untuk mengelakkan itu terjadi,sila laa guna tangan dua kerat tu..sebelah kanan pegang sudip,sebelah pegang garfu..Kalau guna bergilir2 pun ok juga.Jadi masa mengacau, garfu membantu menyebatikan bahan2 dengan bihun tanpa mmutuskan bihun itu..dan perencah juga tidak berketul/berpintal..
  3. Oh ya,semasa menggoreng bihun..letak garam dan perasa kemudian iaitu selepas masukkan bihun,bukan sebelum,.untuk mengelakkan terlebih masin.

Cara2/ tips ini amat membantu saya..harap dapat membantu anda juga...kalau ada tips tambahan mari lah kongsi2..


No comments:

Post a Comment