Thursday, September 1, 2011

ASAM PEDAS PARI LADA HIDUP




Ingin mencoba memasak asam pedas menggunakan lada hidup? Rasanya tidak banyak beza dengan menggunaksn lada kering. Yang penting kedua2 lada semasa menumis hendak lah lama sikit sampai keluar minyak.. Cobalah..SEDAP
Bagi sesiapa yg tk kuat pedas..hendaklah dikurangkan lada padinya.


ASAM PEDAS LADA HIDUP
1 kg ikan -dibersihkan dan potong ikut suka
12-15 btg lada merah..ikut suka sendiri
8-10 btg cili padi merah..ikut suka sendiri
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci halia
sedikit lada hitam
sedikit belacan
(Kisar semua bahan di atas ini hingga halus)

10 btg sayur bendi (yg kecil)
1 btg terung (potong kecil)
sedikit daun kesum
1/2 biji bawang besar hiris
2 btg serai (dititik)
2-3 mangkuk air
secukup perahan air asam
garam secukup rasa
secubit serbuk perasa atau 1/2 steh gula (optional)
minyak secukupnya (abt 1-2 senduk)

Cara:
1) Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bawang hiris hingga layu.
2) Masukkan bahan kisar tadi bersama serai titik dan daun kesum. Kacau sekali sekala dan biarkan sehingga garing.
3) Masukkan ikan bersama air, kacau dan biarkan sebentar. Kemudian masukkan terung, bendi, air asam, garam & perasa/gula. Kacau sebentar & sesuaikan rasanya-masam, masinnya.
4) Biarkan sehingga kuah mendidih dan ikan masak. Matikan api dan bolehlah dihidangkan bersama nasi.. power!!!

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget