Friday, August 19, 2011

TERONG GORENG KUNYIT

TERUNG GORENG KUNYIT...
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji terung biru jenis panjang
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam halus
1 biji bawang besar sederhana, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
5 - 6 biji cili padi, diketuk
Sedikit garam

CARA MEMBUATNYA :-)

Terung dibuang sedikit kulitnya, hiris sederhana tebal, dan rendam dalam air bergaram selama 10 minit, toskan dan lumur dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Goreng hinga layu tapi jangan lembik. Angkat, toskan dan letak atas beberapa keping paper towel hingga minyak terserap. Susun dalam pinggan sesuai.. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, masukkan secubit garam, tumis bawang besar, bawang putih dan cili padi hingga layu, angkat dan tabur atas terung tadi, hidangkan segera.

sumber: dari cmg

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget