Sunday, August 14, 2011

MEE SOTO





MEE SOTO
Bahan-bahannya
2 kg mee kuning (bee hoon pun boleh) - dicelur
500 gm taugeh -dibersihkan (kalau ada masa lerr!) dan dicelur
1 ekor ayam (kira-kira 1.5 kg)- dibelah dua atau empat
3-4 liter air
100 ml santan pekat
3 sudu makan ketumbar }
3 sudu makan jintan kasar }
2 sudu makan jintan halus } --- disangai & dikisar halus
1 sudu teh serbuk lada putih
3 batang serai, dititik
2.5 cm lengkuas , dititik
1 batang kayu manis
5 biji buah pelaga
8 biji bunga cengkih
1 sudu teh gula (optional)
garam secukup rasa
200 ml minyak untuk menumis
1 biji bawang besar hiris

Bahan-Bahan Ditumbuk/Kisar
3 biji bawang besar
8 ulas bawang putih
5 cm halia
3 cm kunyit hidup atau 2 sudu makan kunyit serbuk

Bahan2 Sampingan/Taburan
secukup daun sup & daun bawang
bawang goreng
bagedil
sambal kicap cili padi
isi ayam (disiat-siat)

Sambal Kicap Cili Padi
25 biji cili padi merah
4 ulas bawang putih
125 ml (abt 1/2 cawan) kicap lemak manis
1/2 sudu teh gula (optional)
jus dari perahan 2 biji limau kasturi
(Kisar semua bahan2 dan perahkan jus limau)

Peraturan Membuat Kuah Soto:
Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bawang besar tadi hingga kuning sedikit. Masukkan rempah tumis (kayu manis, cengkih & pelaga), serai dan lengkuas yang telah dititik. Kemudian, masukkan rempah yang telah dikisar. Kacau hingga garing dan naik baunya. Masukkan serbuk ketumbar, jintan halus, jintan kasar dan lada putih. Kacau hingga rata. Masukkan ayam, air, santan, gula dan garam. Kacau sekali-sekala dan biarkan hingga mendidih. Kemudian, keluarkan ayam yang telah empuk dari periuk.

Cara Menghidangkan Mee Soto
Ambil mee/bee hoon lalu bubuhkan dalam mangkuk. Bubuhkan juga taugeh celur. Tuangkan kuah soto dan taruklah isi ayam yg telah disiat ke atas mee tadi. Taburkan daun sup/bawang dan bawang goreng. Bubuh sebiji bagedil dan sedikit sambal cili padi.

BAGEDIL
Bahan-bahannya
1 kilo kentang (dikupas kulitnya,dipotong bulat)
250 gram daging cincang (goreng dgn sedikit garam hingga kering)
2 biji telur (utk mencelup bagedil, bubuh siket garam)
1/2 cawan bawang goreng
secukup daun sup/daun bawang (dihiris)
2 sudu teh serbuk lada putih
1 sudu teh gula (optional)
garam secukup rasa
secukup minyak utk menggoreng bagedil

Cara
1. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng kentang yang telah dipotong bulat dan angkat setelah kentang masak. Toskan. Kemudian tumbuk sehingga lumat.
2. Masukkan daging cincang, serbuk lada putih, daun sup/bawang, bawang goreng, gula & garam. Gaul hingga rata dan sebati. Bentukkan bulat-bulat dan celupkan dgn telur sebelum digoreng dalam minyak panas.

Nota:
1) Ada sesetengah resipi bagedil yg menggunakan sedikit serbuk buah pala kering dan ada juga yg membubuh sedikit isi buah pelaga yg ditumbuk. It's a personal choice. I didn't put either of them!
2) I did three variations of bagedil. 1st one I used daging cincang as in the recipe above. 2nd is I used udang kering yg ditumbuk instead of daging and I added a fresh shrimp/prawn in each bagedil. 3rd one I added mixed vege in them.

As for SOTO BABAT/DAGING, I boiled separately the babat and daging lembu yg telah dipotong nipis/kecil (sukatan agak2 jer). Setelah kuah Soto ayam tadi masak (saja jer masak lebih, nak keje senang!), cedukkan kira-kira 750 ml dan bubuhkan ke dalam periuk lain. Masukkan daging (bersama air rebusannya sekali) dan babat yg telah siap direbus empuk dan biarkan ia mendidih sebentar. Sesuaikan rasanya dan tambahlah apa yg kurang. Makanlah bersama lontong/ketupat yg didadukan. Insya'allah , enakkkk....

Source: RSR

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget